For healthier homes, Mengatasi masalah – Electrolux Nenuzniy User Manual

Page 62

Advertising
background image

Menggunakan muncung pembersih Turbo 5540

Awas: Hanya gunakan muncung pembersih di atas permaidani

dengan ketebalan di bawah 15 mm. Jangan gunakan pada hamparan

kulit binatang atau hamparan yang bertali panjang. Jangan biarkan

muncung pembersih diam sahaja sementara berus memusing.

Jangan sentuhkan muncung pembersih kepada kawat eletrik dan

padamkan muncung pembersih dengan segera selepas digunakan.

14

Pasang muncung turbo 5540 ke tiub.

15

Perhatian: Penyedutan juga boleh dikawal pada muncung turbo

dengan membuka/menutup lubang 5540.

Membersihkan Muncung Turbo 5540

16

Cabut plag dari soket elektrik dan keluarkan benang yang kusut di

berus dengan memotongnya dengan gunting. Buka tudung bagi

mengeluarkan kotoran dari dalam muncung.

Penanda kantung habuk dan menukar kantung habuk

Kantung habuk mestilah ditukar apabila penuh.

5505/10/15/20/22/25/28 tingkap kantung habuk akan semakin

bertukar warna merah apabila ia sedang memenuh dan merah tua

apabila sudah penuh. 5530/33/35/36/40 penanda kantung habuk

akan menyala apabila penuh. Jika kantung abuk terpecah di dalam

mesin pembersih, bawalah mesin anda ke Pusat Servis Electrolux

untuk dibersihkan.

Untuk memeriksa kantung habuk, mesin mestilah dipasangkan,

dengan semua alat pemasangan masih disambungkan dan tidak

di atas lantai.

Penanda kantung habuk penuh mungkin mengisyaratkan bahawa

kantung ini tersumbat (seringkali disebabkan oleh habuk halus) yang

akan mengakibatkan ketiadaan sedutan dan juga mesin menjadi

terlalu panas. Jika ini berlaku tukar kantung habuk walaupun ia

masih belum penuh.

Untuk menukar kantung habuk:

A) Buka penutup mesin.

B) Tarik tab gelunsur untuk menanggalkan kantung habuk.

C) Masukkan kantung habuk baru dengan cara menggelunsurkan

kantung ke pemegangnya. Tutup tudung.

Kami sarankan supaya kantung habuk ditukar:

*

selepas menggunakan serbuk mencuci permaidani

*

jika ada bau busuk dari mesin pembersih, maka anda harus juga

menggantikan/membersihkan penyaring

Nota: Gunakan kantung habuk dan penyaring buatan

Electrolux sahaja:

Kantung habuk (ruj. E54A)

Penyaring Mikro (ruj. EF17)

Turas HEPA yang boleh dicuci dan digunakan semula (ruj

EF25a)

Alat keselamatan kantung habuk

Untuk mengelak mesin dari rosak, jangan gunakanya tanpa kantung

habuk. Satu alat keselamatan dipasang untuk mencegah tudung

daripada ditutup tanpa kantung habuk. Jangan cuba menutup

tudung itu dengan paksa.

Mengganti/Membersih penyaring:

Jangan gunakan mesin tanpa penyaring di tempatnya. Penyaring

Pelindung Motor harus ditukar dua kali setahun untuk kegunaan biasa.

4

5

6

Untuk menukar penyaring Pelindung Motor:

D) Buka tudung mesin.

E) Tanggalkan penyaring dan jalur penutup.

F) Penting: Masukkan penyaring baru dengan jalur penutup asal

ketat di tempatnya. Tutup tudungnya.

Penyaring Mikro 5510/15/20/25/28 harus ditukar selepas setiap

kantung habuk yang kelima.

Untuk menukar penyaring Mikro:

G) Buka tudung penyaring.

H) Gantikan penyaring dan tutup untuk memastikan ianya rapat.

Turas HEPA harus dibersihkan apabila lampu penunjuk menyala

5530/33/35/36/40.

Untuk mencuci penyaring HEPA:

I) Buka tudung penyaring dan tanggalkan unit penyaring.

J) Bilas bahagian dalam (bahagian kotor) unit penyaring dalam air

suam sahaja. Jangan gunakan serbuk pencuci dan jangan

sentuh permukaan penyaring yang lembut. Ketuk bingkai

penyaring untuk membuang air yang lebih. Ulangi cara

membasuh empat kali dan biarkan penyaring ini kering sendiri.

Prestasi penyaringan asal kini dipulihkan kembali. Tempatkan

semula unit ini ke dalam mesin dan tutup rapat.

Mengatasi Masalah

1. Tenaga: Jika tidak ada tenaga elektrik, tangggalkan dari kawat

besar dan periksa plug, kabel dan fius di mana sesuai.

2. Mesin tersumbat/penyaring kotor: Mesin dengan sendirinya

boleh berhenti sekiranya tersumbat ataupun ataupun penyaring

sangat kotor (pada 5530/33/35/36/40 penanda terlalu panas akan

menyala). Dalam keadaan sebegini, tanggalkan dari kawat besar dan

biarkannya ia menyejuk selama 30 minit. Bersihkan sumbatan

dan/atau gantikan penyaring dan mula sekali lagi.

Jaminan tidak meliputi pembersihan hos tersumbat. Untuk

mengelak mesin tersumbat dan kekalkan kecekapan menyedut,

muncung pembersih lantai harus sentiasa dicuci dengan

menggunakan tangkai hos.

Sila juga rujuk maklumat tambahan Electrolux di bahagian belakang

buku ini.

3. Air: Jika air disedut ke dalam motor mesin, motor mestilah

diganti di Pusat Servis Electrolux.

Jika anda ada sebarang komen mengenai mesin ataupun Arahan

untuk Risalah Penggunaan, sila e-mail kepada kami pada:

[email protected]

58

For healthier homes

Advertising