Bahaya, Amaran, Awas – Philips Viva Cafetière User Manual

Page 21: Medan elektro magnet (emf), Bahasa melayu, Pengenalan, Penting, Perihalan umum (gamb. 1), Bersedia untuk menggunakannya

Advertising
background image

1

Pengenalan

Tahniah atas pembelian anda dan selamat datang ke Philips! Untuk mendapat manfaat sepenuhnya

daripada sokongan yang ditawarkan oleh Philips, daftarkan produk anda di www.philips.com/

welcome.

Penting

Baca buku panduan pengguna ini dengan teliti sebelum anda menggunakan perkakas dan simpannya

untuk rujukan masa depan.

Bahaya

Jangan sekali-kali menenggelamkan perkakas di dalam air atau apa-apa cecair lain.
amaran

Periksa sama ada voltan yang ditunjukkan pada perkakas sepadan dengan voltan sesalur kuasa

setempat sebelum anda menyambungkan perkakas.

Jangan gunakan perkakas jika plag, kord sesalur kuasa atau perkakas itu sendiri rosak.

Jika kord sesalur rosak, ia mesti digantikan oleh Philips, pusat servis yang dibenarkan oleh Philips

atau pihak yang telah diluluskan bagi mengelakkan bahaya.

Perkakas ini bukan dimaksudkan untuk digunakan oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang

kurang upaya dari segi fizikal, deria atau mental, atau kurang berpengalaman dan pengetahuan,

kecuali mereka diawasi atau diberi arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh orang yang

bertanggungjawab atas keselamatan mereka.

Kanak-kanak kecil harus diawasi untuk memastikan mereka tidak bermain dengan perkakas itu.

Jauhkan kord sesalur kuasa dari capaian anak-anak. Jangan biarkan kord sesalur kuasa tergantung

melepasi pinggir meja atau permukaan tempat kerja di mana perkakas berada.
Awas

Jangan letakkan pembancuh kopi di atas permukaan panas dan pastikan kord sesalur kuasa utama

tidak bersentuhan dengan permukaan panas.

Cabut plag perkakas jika masalah berlaku semasa penjerangan dan sebelum membersihkannya.
Medan Elektro Magnet (EMF)

Perkakas Philips ini mematuhi semua piawai yang berhubung dengan medan elektromagnet (EMF).

Jika dikendalikan dengan betul dan mematuhi arahan dalam manual pengguna ini, perkakas selamat

untuk digunakan menurut bukti saintifik yang boleh didapati pada masa ini.

Perihalan umum (Gamb. 1)

a

Pemegang turas

B

Penutup depan yang boleh ditanggalkan.

C

Tudung tangki air

D

Tangki air

E

Alat Pembancuh kopi

F

Tali aliran elektrik utama

g

Suis rocker hidup/mati dengan lampu kuasa- hidup (HD7564/HD7563/HD7562)

H

Gegelang penimbal (HD7567/HD7562)

i

Jag

J

Tudung jag dengan paip bancuhan

K

Butang hidup/mati dengan gegelang lampu kuasa-hidup (HD7566/HD7565)

l

Paparan dengan pemasa dan butang hidup/mati dengan lampu kuasa-hidup (HD7567)

Bersedia untuk menggunakannya

1

Letak perkakas di atas permukaan yang rata dan stabil.

-

-

-

-

-

-

-

-

-

BaHasa MElayu

Advertising