Philips EasyLife Aspirateur avec sac User Manual

Page 38

Advertising
background image

Muncung lantai keras (jenis tertentu sahaja)

- Muncung lantai keras telah direka bentuk untuk pembersihan lembut lantai keras (Gamb. 8).

pemegang aksesori

Anda boleh menyimpan dua aksesori di dalam pemegang aksesori sekali gus.

1

Sambungkan pemegang aksesori kepada tiub (1) dan kemudian sambungkan hos kepada

pemegang aksesori (2) (Gamb. 9).

2

Untuk menyimpan aksesori di dalam pemegang aksesori, tolak ia ke atas

pemegang (Gamb. 10).
Muncung ceruk, muncung kecil dan berus kecil

1

Sambungkan muncung ceruk, muncung kecil atau berus kecil kepada gegenggam tangan pada

hos atau kepada tiub. Untuk melakukannya, masukkan gegenggam tangan atau tiub ke dalam

aksesori sambil memusingkannya sedikit. (Gamb. 11)

- Gunakan muncung ceruk untuk membersihkan sudut yang sempit atau kawasan yang sukar

dicapai.

- Gunakan muncung kecil untuk membersihkan kawasan kecil, seperti pada tempat duduk pada

kerusi dan sofa.

- Gunakan berus kecil untuk membersihkan komputer, rak buku dsb.

Berus turbo mini (jenis tertentu sahaja)

Berus turbo mini direka bentuk khusus untuk menangkap rambut dan bulu haiwan serta bulu

daripada perabot dan tilam. Berus unik di dalam berus turbo mini melonggarkan bulu tersebut

daripada kain agar ia dapat ditangkap oleh pembersih vakum. Berus turbo mini boleh dilekatkan pada

gegenggam tangan hos atau kepada tiub teleskop.

1

Untuk memasang berus turbo mini, masukkannya ke dalam gegenggam atau tiub teleskop

sambil memutarkannya sedikit.

2

Untuk menanggalkan berus turbo mini, tarik ia keluar daripada gegenggam atau tiub teleskop

sambil memutarkannya sedikit.

Menggunakan perkakas

pembersihan vakum

1

Tarik kord keluar daripada perkakas dan masukkan plag sesalur kuasa ke dalam soket dinding.

2

Tekan butang hidup/mati pada bahagian atas perkakas menggunakan kaki anda untuk

menghidupkan perkakas. (Gamb. 12)

Nota: Jika anda hendak berhenti seketika, masukkan rabung pada muncung ke dalam slot peletakan

agar tiub terletak pada kedudukan yang memudahkan (Gamb. 13).
Nota: Anda boleh mengangkat pembersih vakum pada pemegangnya di bahagian

hadapan perkakas (Gamb. 14).

Melaraskan kuasa sedutan

Anda boleh melaraskan kuasa sedutan menggunakan:

- gelangsar kuasa sedutan pada gegenggam tangan (Gamb. 15).

- kawalan kuasa sedutan elektronik pada pembersih vakum (Gamb. 16).

Bahasa MElayu

38

Advertising