Jabra BT150 User Manual

Page 32

Advertising
background image

58

Bahasa Mala

ysia

59

Bahasa Mala

ysia

10

12

11

Menjaga set kepala anda

Menjaga set kepala anda

Menjaga set kepala anda

10

10

• Sentisa simpan Jabra BT150 dengan kuasanya dimatikan dan dilindungi dengan

selamat.

• Elakkan disimpan pada suhu yang melampau (melebihi 45°C/113°F – termasuk

sinaran mata hari langsung – atau di bawah -10°C/14°F). Ini boleh memendekkan
hayat bateri dan mungkin menjejas pengoperasiannya. Suhu tinggi mungkin boleh
juga menurunkan prestasinya.

• Jangan dedahkan Jabra BT150 kepada hujan atau cecair-cecair lain.

Waranti

Jabra (GN Netcom) menjamin produk ini terhadap semua kecacatan material dan
pembuatan bagi tempoh satu tahun daripada tarikh pembelian asal. Syarat-syarat waranti
ini dan tanggungjawab kami di bawah waranti ini adalah seperti berikut:
• Waranti adalah terhad kepada pembeli asal.
• Dikehendaki salinan resit atau bukti pembelian lain anda.
• Waranti ini adalah tidak sah sekiranya nombor siri, label kod tarikh atau label produk

dibuka, atau sekiranya produk terdedah kepada tindakan fizikal, pemasangan yang
tidak betul, pengubahsuaian, atau pembaikan oleh pihak ketiga yang tidak bertauliah.

• Tanggungjawab produk-produk Jabra (GN Netcom) adalah terhad kepada pembaikan

atau penggantian produk berkenaan mengikut pertimbangannya sendiri.

• Sebarang waranti tersirat pada produk-produk Jabra (GN Netcom) adalah terhad

kepada satu tahun daripada tarikh pembelian semua bahagian, termasuk sebarang
kord atau penyambung.

• Terkecuali secara spesifik daripada sebarang waranti adalah komponen-komponen

boleh guna hayat terhad bergantung kepada kehausan dan kelusuhan biasa, seperti
mikrofon cermin depan, kusyen telinga, kemasan hiasan, bateri, dan aksesori-aksesori
lain.

• Jabra (GN Netcom) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan sampingan

atau secara langsung yang timbul akibat penggunaan atau penyalahgunaan sebarang
produk Jabra (GN Netcom).

• Waranti ini memberikan anda hak-hak spesifik dan mungkin mendapat hak-hak lain

yang berbeza-beza mengikut kawasan-kawasan.

• Kecuali diarahkan sebaliknya dalam Manual Pengguna, pengguna tidak boleh, dalam

sebarang keadaan, cuba untuk melakukan servis, pelarasan atau pembaikan ke atas
unit ini, sama ada semasa atau selepas tempoh waranti. Ia mesti dikembalikan ke
tempat pembelian, kilang atau agensi servis bertauliah bagi kerja-kerja berkenaan.

• Jabra (GN Netcom) tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan atau

kerosakan yang berlaku semasa penghantaran. Sebarang kerja pembaikan pada
produkproduk Jabra (GN Netcom) oleh pihak ketiga yang tidak bertauliah akan
membatalkan sebarang waranti.

Kelulusan pengiktirafan dan keselamatan

China: Mematuhi peruntukan-peruntukan Peraturan Radio China.
Republik Korea: Disahkan di bawah peruntukan-peruntukan Peraturan bagi Pensijilan
Peralatan Maklumat dan Komunikasi oleh Ketua Pengarah Makmal Penyelidikan Radio
(Kementerian Maklumat dan Komunikasi)
Taiwan: Diluluskan oleh Ketua Pengarah Telekomunikasi (Kementerian Pengangkutan
dan Komunikasi).
Singapura: Diluluskan oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Infocomm Singapura (IDA)
untuk dijual dan digunakan dalam Singapura.
FCC
Peranti ini mematuhi bahagian 15 Undang-Undang FCC.Operasinya adalah tertakluk
kepada dua syarat berikut: (1) Peranti ini tidak boleh menyebabkan gangguan yang
membahayakan, dan (2) peranti ini mesti menerima sebarang gangguan yang diterima,
termasuk gangguan yang mungkin menyebabkan operasi yang tidak diingini.
CE
Produk ini ditandakan CE mengikut peruntukan-peruntukan dalam Arahan R & TTE (99/5/EC).
Bluetooth
Tanda perkataan Bluetooth® dimiliki oleh Bluetooth SIG, Inc. dan sebarang penggunaan
tandatanda berkenaan oleh GN Netcom adalah dengan mendapat lesen.Tanda niaga-
tanda niaga dan nama dagang lain adalah milik pemilik masing-masing.

Advertising