Bahasa inggeris, Penjagaan bateri terbina dalam – Jabra HALO BT650s User Manual

Page 500

Advertising
background image

13

bahasa

inggeris

Jabra HaLO

- Jangan sekali-kali cuba membuka produk itu sendiri . Tiada

komponen yang dapat diganti atau dibaiki oleh pengguna .

Hanya peniaga sah atau pusat perkhidmatan boleh membuka

produk . Jika mana-mana bahagian produk anda memerlukan

penggantian atas sebarang sebab, termasuklah haus dan lusuh

akibat penggunaan atau pecah, hubungi wakil peniaga anda .

- elakkan daripada mendedahkan produk anda kepada hujan,

lembapan atau cecair lain untuk melindungi produk daripada

kerosakan dan kecederaan kepada diri anda .

- patuhilah semua papan tanda dan arahan yang memerlukan

peranti elektrik atau produk radio rf dimatikan dalam kawasan-

kawasan yang ditentukan seperti hospital atau kapal terbang .

Ingat: Sentiasa memandu dengan selamat, elakkan gangguan

dan patuhi undang-undang setempat!
menggunakan set kepala semasa mengendalikan kenderaan

bermotor, motosikal, kenderaan air atau basikal mungkin

berbahaya, dan adalah salah di sisi undang-undang dalam

sesetengah bidang kuasa, seperti mana penggunaan set kepala

ini dengan kedua-dua belah telinga tertutup semasa memandu

adalah tidak dibenarkan dalam sesetengah bidang kuasa .

semak undang-undang setempat anda . berhati-hatilah ketika

menggunakan set kepala anda semasa menjalankan sebarang

aktiviti yang memerlukan perhatian anda sepenuhnya . selain itu,

janganlah mengambil nota atau membaca dokumen .

penJagaan baTeri Terbina daLam:

- peranti anda diberi kuasa oleh bateri yang boleh dicas semula .
- prestasi sepenuhnya bagi bateri baru hanya akan tercapai

selepas dua atau tiga kitaran cas dan nyahcas yang lengkap .

- bateri boleh dicas dan dinyahcas beratus-ratus kali, tetapi

ia akan beransur-ansur haus . cas semula bateri anda hanya

dengan pengecas diluluskan yang disediakan dan khusus

untuk peranti ini .

- Tanggalkan pengecas daripada palam elektrik dan peranti

apabila tidak digunakan . Jangan biarkan bateri yang telah

dicas sepenuhnya bersambung kepada pengecas, kerana

pengecasan berlebihan boleh memendekkan hayat bateri .

- Jika tidak digunakan, bateri yang telah dicas sepenuhnya akan

hilang casnya dengan berlalunya masa .

Advertising