Bermula, 1) sambungan berwayar, 2) sambungan wayarles – Asus RT-N15 User Manual

Page 296

Advertising
background image

Panduan Permulaan Ringkas Penghala Wayarles RT-N15

25

Penghala Wayarles ASUS RT-N15 menepati pelbagai senario pekerjaan dengan konfigurasi

yang sesuai. Tetapan lalai penghala wayarles boleh berubah untuk menepati keperluan

anda. Dengan itu, sebelum menggunakan penghala wayarles, periksa tetapan asas untuk

memastikan semunya berfungsi dalam persekitaran anda.
ASUS menyediakan kemudahan yang dinamakan WPS untuk konfigurasi wayarles pantas.

Jika anda ingin menggunakan WPS untuk konfigurasi penghala anda, rujuk bab 6 manual

pengguna dalam CD bantuan.

Nota: Sambungan berwayar bagi konfigurasi awal adalah disyorkan untuk

mengelakkan masalah tetapan yang mungkin berlaku disebabkan ketaktentuan

wayarles.

1) Sambungan berwayar

Penghala Wayarles RT-N15 dilengkapi kabel Ethernet dalam pakej. Penghala wayarles

mempunyai fungsi auto-lintasan bersepadu. Dengan itu, anda boleh menggunakan sama ada

kabel terus-tembus atau kabel lintasan bagi sambungan berwayar. Pasang satu hujung kabel

ke port LAN pada panel belakang penghala dan satu lagi hujung kabel ke port Ethernet pada

komputer anda.

2) Sambungan Wayarles

Untuk mewujudkan sambungan wayarles, anda memerlukan kad WLAN serasi IEEE 802.11b/g/n.

Rujuk dalam manual pengguna penyesuai wayarles anda untuk prosedur sambungan wayarles.

Secara lalai, SSID penghala wayarles adalah dalam keadaan “lalai”(huruf kecil), penyulitan

dilumpuhkan dan pengesahan sistem terbuka digunakan.

3) Menetapkan alamat IP bagi klien berwayar atau wayarles

Untuk mengakses Penghala Wayarles RT-N15, anda mesti mempunyai tetapan TCP/IP yang betul

pada klien berwayar atau wayarles. Tetapkan alamat IP klien dalam subnet RT-N15 yang sama.

Mendapatkan alamat IP secara automatik

Penghala Wayarles RT-N15 mengintegrasikan fungsi

pelayan DHCP, dengan itu, komputer anda mendapat

alamat IP secara automatik.

Nota: Sebelum boot semula PC anda, HIDUPKAN

penghala wayarles dan pastikan penghala dalam

keadaan sedia.

Menetapkan alamat IP secara manual

Untuk menetapkan alamat IP secara manual, anda perlu

tahu tetapan lalai penghala wayarles.
• IP address (Alamat IP): 192.168.1.1

. Bermula

Advertising