Philips SHAVER Series 9000 SensoTouch afeitadora eléctrica en húmedo y seco User Manual

Page 51

Advertising
background image

awas

- Jangan sekali-kali merendam Sistem Pembersih Jet dan pengecas di

dalam air, jangan bilas di bawah paip dan jangan masukkan ke dalam

mesin pembasuh pinggan mangkuk.

- Anda hendaklah memastikan bahawa perkakas diletakkan di atas

permukaan yang tahan cecair.

- Guna, cas dan simpan perkakas pada suhu antara 5°C dan 35°C.

- Hanya gunakan aksesori yang dibekalkan.

- Periksa perkakas dan aksesori setiap kali sebelum anda

menggunakannya. Jangan gunakan perkakas ini atau mana-mana

bahagiannya sekiranya ia rosak kerana ini boleh menyebabkan

kecederaan. Ganti bahagian yang rosak dengan jenis yang asli.

- Air mungkin bocor keluar daripada soket di bahagian bawah pencukur

ketika anda membilasnya. Ini adalah normal dan tidak merbahaya

kerana semua bahagian elektronik dilindungi di dalam unit kuasa yang

kedap di dalam pencukur.

- Siri RQ12xx: Aras hingar: Lc = 65 dB [A]

- Siri RQ11xx: Aras hingar: Lc = 67 dB [A]

Alat tambahan Penggaya Janggut (jenis tertentu sahaja)
awas

- Gunakan alat tambahan Penggaya Janggut untuk memotong bulu

roma di muka sahaja (janggut, misai dan jambang). Jangan gunakannya

untuk merapikan bahagian-bahagian di bawah paras leher.

- Gunakan Penggaya Janggut bersama jenis-jenis pencukur berikut

sahaja: RQ12xx,RQ11xx, RQ10xx.

- Alat tambahan Penggaya Janggut ini tidak kalis mesin basuh pinggan

mangkuk.

- Jangan gunakan alat tambahan Penggaya Janggut sekiranya ia rosak.

Bahasa mElayu

51

Advertising