Philips SHAVER Series 3000 afeitadora eléctrica en seco User Manual

Page 32

Advertising
background image

- Anda hendaklah setiap kali meletakkan tukup pelindung pada

pencukur untuk melindungi kepala pencukur semasa anda dalam

perjalanan.

- Jika perkakas didedahkan kepada perubahan besar dalam suhu,

tekanan atau kelembapan, biarkan ia menyesuai iklim selama 30 minit

sebelum anda menggunakannya.
pematuhan standard

- Perkakas Philips ini mematuhi semua standard berkenaan medan

elektromagnet (EMF). Jika perkakas ini dikendalikan dengan betul

dan mengikut arahan dalam manual pengguna ini, ia selamat untuk

digunakan berdasarkan bukti saintifik yang terdapat pada hari ini.
am

- Perkakas dilengkapi dengan pemilih voltan automatik dan ia sesuai

dengan voltan sesalur kuasa yang berbagai antara 100 hingga 240 volt.

- Aras hingar maksimum: Lc = 69dB(A)

alam sekitar

- Jangan buang perkakas dengan sampah rumah yang biasa pada akhir

hayatnya, sebaliknya serahkannya ke pusat pungutan rasmi untuk

dikitar semula. Dengan berbuat begini, anda membantu memelihara

alam sekitar (Gamb. 3).

- Bateri boleh cas semula terbina dalam (jenis tertentu sahaja)

mengandungi bahan yang boleh mencemarkan alam sekitar. Pastikan

anda mengeluarkan bateri sebelum membuang atau menyerahkan

perkakas di pusat pungutan rasmi. Buang bateri ini di pusat pungutan

rasmi bagi bateri. Jika anda menghadapi masalah untuk mengeluarkan

bateri, anda juga boleh membawa perkakas ini ke pusat servis Philips.

Kakitangan pusat ini akan mengeluarkan bateri ini untuk anda dan

akan membuangnya dengan cara yang selamat bagi alam

sekitar (Gamb. 4).

BahaSa mElayu

32

Advertising