Bahasa melayu – Philips SHAVER Series 3000 afeitadora eléctrica en seco User Manual

Page 31

Advertising
background image

31

pengenalan

Tahniah atas pembelian anda, dan selamat datang ke Philips! Untuk

mendapat manfaat sepenuhnya daripada sokongan yang ditawarkan oleh

Philips, daftarkan produk anda di www.philips.com/welcome.

penting

Baca buku kecil maklumat penting ini dengan teliti sebelum anda

menggunakan pencukur dan simpan untuk rujukan masa depan.

Bahaya

- Pastikan pencukur dan kord sesalur kuasa kering (Gamb. 1).

amaran

- Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh orang (termasuk

kanak-kanak) yang kurang upaya dari segi fizikal, deria atau mental,

atau kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali mereka telah

diberi pengawasan atau arahan berkenaan penggunaan perkakas ini

oleh orang yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka.

- Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh kanak-kanak.

Kanak-kanak hendaklah diawasi untuk memastikan bahawa mereka

tidak bermain dengan perkakas ini.

- Jangan gunakan pencukur atau kord sesalur kuasa jika ia rosak.

- Jangan gunakan pencukur, kord sesalur kuasa atau sebarang bahagian

lain jika ia rosak, kerana ini boleh menyebabkan kecederaan. Anda

hendaklah mengganti kord sesalur kuasa atau bahagian yang rosak

dengan jenis yang asli setiap kali.
awas

- Perkakas ini tidak boleh dibasuh. Jangan sekali-kali tenggelamkan

perkakas ke dalam air, atau membilasnya di bawah air paip (Gamb. 2).

- Jangan sekali-kali gunakan udara termampat, pad penyental, agen

pembersih yang melelas atau cecair yang agresif seperti alkohol atau

aseton untuk membersihkan perkakas.

- Hanya gunakan kod sesalur kuasa dan aksesori yang dibekalkan.

- Guna, cas (jenis tertentu sahaja) dan simpan perkakas pada suhu

antara 5°C dan 35°C.

BahaSa mElayu

Advertising