Jangka rawatan, Menggunakan infracare, Pembersihan – Philips Lámpara de infrarrojos InfraCare User Manual
Page 40: Penyimpanan
- Bagi rawatan kosmetik, letakkan perkakas di atas meja dan duduk di atas kerusi di hadapan
perkakas. Condongkan bingkai lampu ke belakang agar alur cahaya diarahkan kepada muka
anda (Gamb. 11).
3
Untuk melaraskan arah pancaran cahaya, condongkan bingkai lampu ke hadapan atau ke
belakang (Gamb. 12).
4
Duduk atau baring pada jarak yang sesuai dari perkakas.
- Pada jarak sejauh 25-30cm dari badan, InfraCare merawat bahagian sebesar lebih kurang 30cm
kali 20cm (l x t). Pada jarak yang lebih jauh, bahagian yang dirawati menjadi lebih besar dan
cahaya inframerah serta intensiti haba menjadi kurang. Pada jarak yang lebih dekat, kawasan yang
dirawati lebih kecil dan cahaya inframerah dan intensiti haba menjadi lebih kuat.
- Pastikan jarak antara badan dan perkakas adalah cukup jauh untuk mengelakkan daripada
tersentuh dengan penuras yang panas.
- Pilih jarak di mana kehangatan adalah selesa bagi anda dan tambahkan jarak jika
kehangatan menjadi terlalu kuat.
Nota: Kepanasan perkakas tidak mencapai tahap intensiti sepenuhnya sehingga setelah dipasang
beberapa minit. Walaubagaimana pun, ini tidak bermakna perkakas tidak berkesan dalam tempoh
beberapa minit pertama ini.
Jangka rawatan
Tempoh masa rawatan bergantung kepada jenis rawatan dan orang yang dirawat. Rawatan terhadap
satu otot atau sendi sepatutnya berlangsung selama lebih kurang 15 minit. Jika perlu, rawatan boleh
diulangi beberapa kali sehari. Tempoh rawatan yang lebih lama daripada 15 minit tidak akan memberi
hasil yang lebih baik. Anda boleh mengulangi rutin beberapa rawatan sehari pada beberapa hari yang
berturutan untuk mendapat hasil. Jika tidak terdapat sebarang kemajuan selepas 6-8 rawatan,
hentikan penggunaan perkakas dan rujuk doktor anda. Bagi masalah yang kronik, perkakas boleh
digunakan untuk tempoh yang lebih panjang, asalkan anda mengikuti arahan yang terdapat
pada bahagian ‘Amaran’ dalam bab ‘Penting’.
Menggunakan infracare
1
Masukkan plag utama ke dalam soket.
2
Tekan butang hidup/mati untuk menghidupkan perkakas.
3
Selepas penggunaan, tekan butang hidup/mati untuk mematikan perkakas.
Pembersihan
Cabut plag perkakas dan biarkan ia sejuk selama 15 minit sebelum anda membersihkannya.
Jangan sekali-kali menggunakan pad penyental, agen pembersih yang melelas atau cecair yang
agresif seperti petrol atau aseton untuk membersihkan perkakas.
1
Bersihkan bingkai lampu dan tapaknya dengan kain yang lembap. Jangan biarkan air mengalir ke
dalam perkakas.
2
Anda boleh membersihkan bahagian luar penuras dengan kain lembut yang direnjiskan dengan
spirit kermetil.
Penyimpanan
Jangan biarkan kord sesalur bersentuhan dengan penuras apabila penuras dalam keadaan panas.
1
Cabut plag perkakas dan biarkan ia sejuk selama 15 minit sebelum anda menyimpannya.
- Sentiasa angkat atau bawa perkakas dengan pemegangnya (Gamb. 13).
2
Simpan InfraCare di tempat yang kering.
BaHasa MElayu
40