Menggunakan perkakas, Kesan infracare, Aplikasi – Philips Lámpara de infrarrojos InfraCare User Manual

Page 39: Aplikasi terapeutik, Penggunaan kosmetik, Penggunaan lain, Bersedia untuk menggunakannya

Advertising
background image

Menggunakan perkakas

Kesan infracare

InfraCare memancarkan cahaya inframerah, yang menembusi jauh ke dalam kulit dan menghangatkan

tisu. Kehangatan memodulatkan isyarat neuron ke otak dan dengan itu mengurangkan kesakitan.

Kehangatan juga merangsang peredaran darah dan mengembangkan pembuluh darah, yang akan

melajukan penghantaran bahan yang perlu untuk membina semula dan menyuburkan tisu badan.

Tambahan lagi, cahaya inframerah mempercepatkan proses metabolisme dan pengeluaran bahan

buangan daripada badan. Oleh kerana ia menjadikan tisu mudah dilenturkan, kehangatan juga

mengurangkan kekejangan dan menjadikan sendi lebih mudah lentur.

Disebabkan kesan-kesan ini, rawatan menggunakan InfraCare dapat melegakan sementara kesakitan

akibat masalah otot dan sendi, dan ia sesuai bagi kegunaan kosmetik.
Nota: Sila baca bahagian ‘Amaran’ dalam bab ‘Penting’ dan ikuti arahan yang tertera di sana

sebelum anda menggunakan perkakas.

aplikasi
aplikasi terapeutik

InfraCare adalah perkakas terapi kehangatan setempat. Kemungkinan penggunaan terapi:

- Rawatan untuk sakit otot yang sekali-sekala atau kronik, otot kejang dan sendi kejang.

- Rawatan untuk sakit bahagian bawah belakang.

Penggunaan kosmetik

Nota: Tanggalkan semua alat solek daripada muka anda sebelum rawatan untuk hasil optimum.

InfraCare mengekalkan kesihatan dan kebersihan kulit anda akibat kesan rangsangannya terhadap

peredaran darah.

- Cahaya inframerah membuka liang kulit. Ini membolehkan pembersihan kulit yang lebih baik.

- Akibat cahaya inframerah, krim atau produk penjagaan kulit yang lain diserap dengan lebih baik

dan lebih cepat oleh kulit.
Penggunaan lain

Anda juga boleh menggunakan InfraCare untuk tujuan-tujuan berikut:

- Pengenduran otot

- Persediaan untuk mengurut

Nota: Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai manfaat kesihatan, lihat www.philips.com dan

buat carian bagi perkataan InfraCare (Gamb. 5)

Bersedia untuk menggunakannya

1

Bukakan kord sesalur utama sepenuhnya.

2

Letakkan perkakas di atas permukaan stabil dan mendatar serta pastikan terdapat sekurang-

kurangnya 15 mm ruang kosong di sekelilingnya untuk mengelakkan daripada pemanasan

melampau (Gamb. 6).

Perkakas boleh digunakan dengan pelbagai cara yang berlainan. Di bawah adalah beberapa contoh.

- Untuk merawat sengal bahu, sengal leher atau bahagian atas belakang anda, letakkan perkakas di

atas meja dan condongkan bingkai lampu ke belakang. Duduk di atas kerusi atau bangku dengan

membelakangkan lampu (Gamb. 7).

- Untuk merawat sakit bahagian bawah belakang, letakkan perkakas di atas meja di sebelah kerusi.

Duduk di atas kerusi atau bangku dengan belakang anda menghadap ke arah lampu (Gamb. 8).

- Untuk merawat sengal siku, letakkan perkakas di atas meja dan duduk disebelahnya (Gamb. 9).

- Untuk merawat sengal betis, letakkan perkakas di atas lantai dan condongkan bingkai lampu ke

belakang. Duduk di atas kerusi atau bangku (Gamb. 10).

BaHasa MElayu

39

Advertising
This manual is related to the following products: