Bahasa melayu, Bahasa melayu 44 – Philips Accesorio recortador de precisión User Manual

Page 44

Advertising
background image

44

Pengenalan

Tahniah atas pembelian anda, dan selamat datang ke Philips! Untuk

mendapat manfaat sepenuhnya daripada sokongan yang ditawarkan oleh

Philips, daftarkan produk anda di www.philips.com/welcome.

Perihalan umum (gamb. 1)

1 Kepala perapian tepat

2 Suis hidup/mati

3 Tukup petak bateri

4 Tukup pelindung

5 Sikat perapian (2mm dan 4mm)

6 Alat tambahan perapian tepat

7 Berus pembersih

8 Penyepit

Penting

Baca manual pengguna ini dengan teliti dan lihat ilustrasi sebelum anda

menggunakan perkakas. Simpan manual pengguna ini untuk rujukan masa

depan.
amaran

- Perkakas ini boleh digunakan oleh kanak-kanak berumur 8 tahun dan

ke atas dan orang yang kurang keupayaan fizikal, deria atau mental,

atau kekurangan pengalaman dan pengetahuan jika mereka diberi

pengawasan dan arahan berkaitan penggunaan perkakas secara selamat

dan memahami bahaya yang mungkin berlaku.

- Pembersihan dan penyelenggaraan tidak boleh dilakukan oleh kanak-

kanak kecuali mereka berumur lebih daripada 8 tahun dan diawasi.

- Jauhkan perkakas dan kordnya jauh dari jangkauan kanak-kanak yang

berumur kurang daripada 8 tahun.

- Kanak-kanak hendaklah diawasi untuk memastikan bahawa mereka tidak

bermain dengan perkakas ini.

awas

- Jangan gunakan perapi tepat apabila elemen pemotong atau perapi

tepat itu rosak atau pecah, kerana ini boleh menyebabkan kecederaan.

- Jangan gunakan perapi tepat atau penyepit bagi sebarang tujuan lain

daripada yang ditunjukkan dalam manual pengguna.

- Jika perkakas didedahkan kepada perubahan besar dalam suhu, tekanan

atau kelembapan, biarkan ia menyesuai iklim selama 30 minit sebelum

anda menggunakannya.

- Atas sebab-sebab kebersihan, perapi tepat dan penyepit hendaklah

digunakan oleh seorang sahaja.

- Jalankan perkakas menggunakan hanya satu bateri AAA LR03 1.5V.

- Gunakan dan simpan perapi tepat pada suhu antara 5°C hingga 35°C.

- Keluarkan bateri daripada perkakas selepas penggunaan jika anda tidak

menggunakannya dengan tetap.

- Jangan sekali-kali menggunakan pad penyental, agen pembersih yang

melelas atau cecair yang agresif seperti petrol atau aseton untuk

membersihkan perkakas.

BaHasa MElayu

Advertising