Lennox Hearth C820S User Manual

Page 25

Advertising
background image

52

GB

MA

CN

JA

KO

TH

CN

RELEASE YOUR JABRA

53

GB

MA

CN

JA

KO

TH

CN

Jabra C820s stereo headphones

• Tanggungjawab produk Jabra (GN Netcom) adalah terhad kepada

pembaikan atau penggantian produk atas budi bicara mutlaknya

• Sebarang waranti tersirat terhadap produk Jabra (GN Netcom) adalah terhad

kepada satu tahun dari tarikh pembelian bagi semua bahagian, termasuklah
sebarang kord dan penyambung

• Secara khusus dikecualikan daripada sebarang waranti adalah komponen

hayat terhad dan guna habis yang boleh haus dan lusuh, seperti pelindung
mikrofon, kusyen telinga, kemasan dekoratif, bateri dan aksesori lain

• Jabra (GN Netcom) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang

kerosakan sampingan atau langsung yang timbul akibat penggunaan atau
penyalahgunaan sebarang produk Jabra (GN Netcom)

• Waranti ini memberi anda hak khusus dan anda mungkin mempunyai hak-

hak lain yang berbeza-beza dari satu kawasan ke kawasan lain

• Kecuali diarahkan sebaliknya dalam Manual Pengguna, pengguna tidak

dibenarkan, dalam sebarang keadaan, untuk cuba melaksanakan servis,
penyesuaian atau pembaikan terhadap unit ini, sama ada semasa atau
selepas tempoh waranti. Ia mestilah dikembalikan ke tempat pembelian,
kilang atau agensi servis yang bertauliah bagi menjalankan semua kerja-
kerja seumpamanya

• Jabra (GN Netcom) tidak akan memikul sebarang tanggungjawab untuk

sebarang kehilangan atau kerosakan yang berlaku semasa penghantaran.
Sebarang kerja pembaikan terhadap produk Jabra (GN Netcom) oleh pihak
ketiga yang tidak bertauliah akan membatalkan waranti

13. Kelulusan pengiktirafan dan keselamatan

China
Mematuhi peruntukan-peruntukan Peraturan Radio China.
Republik Korea:
Disahkan di bawah peruntukan-peruntukan Peraturan bagi Pensijilan
Peralatan Maklumat dan Komunikasi oleh Ketua Pengarah Makmal
Penyelidikan Radio (Kementerian Maklumat dan Komunikasi)
Taiwan
Diluluskan oleh Ketua Pengarah Telekomunikasi (Kementerian
Pengangkutan dan Komunikasi).
Singapura
Diluluskan oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Infocomm Singapura (IDA)
untuk dijual dan digunakan dalam Singapura.
FCC
Peranti ini mematuhi bahagian 15 Undang-Undang FCC.Operasinya adalah
tertakluk kepada dua syarat berikut: (1) Peranti ini tidak boleh menyebabkan
gangguan yang membahayakan, dan (2) peranti ini mesti menerima
sebarang gangguan yang diterima, termasuk gangguan yang mungkin
menyebabkan operasi yang tidak diingini.

CE
Produk ini ditandakan CE mengikut peruntukan-peruntukan dalam Arahan
R & TTE (99/5/EC).
Bluetooth
Tanda perkataan Bluetooth® dimiliki oleh Bluetooth SIG, Inc. dan sebarang
penggunaan tandatanda berkenaan oleh GN Netcom adalah dengan
mendapat lesen.Tanda niaga-tanda niaga dan nama dagang lain adalah
milik pemilik masing-masing.

Advertising