Bahaya, Amaran, Awas – Philips ErgoFit Aspirador sin bolsa User Manual

Page 55: Penting

Advertising
background image

penting

Baca manual pengguna ini dengan teliti sebelum anda menggunakan perkakas dan simpan ia untuk

rujukan masa depan.

Bahaya

- Jangan sekali-kali menyedut air atau cecair lain. Jangan sekali-kali menyedut bahan mudah terbakar

dan jangan sedut abu sebelum ia menjadi sejuk.
amaran

- Pastikan bahawa voltan yang dinyatakan pada perkakas sepadan dengan voltan sesalur kuasa

tempatan anda.

- Jangan gunakan perkakas jika kord sesalur kuasa, plag atau perkakas itu sendiri adalah rosak.

- Jika kord sesalur kuasa rosak, ia mesti diganti oleh Philips, pusat servis yang dibenarkan oleh

Philips ataupun pihak lain seumpamanya yang layak bagi mengelakkan bahaya.

- Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang

upaya dari segi fizikal, deria atau mental, atau kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali

mereka telah diberi pengawasan atau arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh orang

yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka.

- Kanak-kanak hendaklah diawasi untuk memastikan bahawa mereka tidak bermain dengan

perkakas ini.

- Jangan halakan hos, tiub atau sebarang aksesori lain ke arah mata atau telinga, mahupun

memasukkannya ke dalam mulut anda apabila ia telah disambungkan kepada pembersih vakum

dan pembersih vakum ini telah dihidupkan.
awas

- Jangan sedut objek yang besar kerana ini akan menyebabkan laluan udara di dalam tiub atau hos

menjadi tersekat.

- Apabila anda menggunakan pembersih vakum ini untuk memvakum abu, pasir halus, kapur, habuk

simen dan bahan yang serupa, liang silinder penuras menjadi tersumbat. Jika anda terasa

pengurangan yang ketara dalam kuasa sedutan, bersihkan silinder penuras.

- Jangan sekali-kali menggunakan perkakas jika silinder penuras, bekas silinder penuras dan timba

habuk tidak dipasang dengan betul atau jika penutup tidak ditutup dengan betul.

- Anda hendaklah mencabut plag perkakas setiap kali anda hendak mengosongkan timba habuk.

- Jangan tekan butang AutoBersih jika timba habuk, silinder penuras dan bekas silinder penuras

tidak dipasang dengan betul atau jika penutup tidak ditutup dengan betul.

- Jangan sekali-kali menggunakan perkakas tanpa penuras perlindungan motor. Ini boleh

merosakkan motor dan memendekkan hayat perkakas.

- Hanya gunakan silinder penuras Philips yang dibekalkan bersama perkakas.

- Silinder penuras tidak kalis air dan tidak boleh dibersihkan dengan air, agen pembersih atau

bahan mudah terbakar. Hanya bersihkan silinder penuras dengan sistem AutoBersih atau berus

pembersih yang dibekalkan.

- Semasa pembersihan vakum, terutama sekali di dalam bilik dengan kelembapan udara yang

rendah, pembersih vakum anda akan menokok elektrik statik. Akibatnya, anda boleh mengalami

kejutan elektrik semasa anda menyentuh tiub atau bahagian keluli lain pada pembersih vakum

anda. Kejutan ini tidak berbahaya kepada anda dan tidak akan merosakkan perkakas. Untuk

mengurangkan ketakselesaan ini, kami menasihati anda:

1 agar menyahcas perkakas dengan kerap kali mendekatkan tiub kepada objek logam lain di dalam

bilik (contohnya kaki meja atau kerusi, radiator, dsb.); (Gamb. 2)

2 untuk meningkatkan paras kelembapan udara di dalam bilik dengan meletakkan air di dalam bilik.

Sebagai contoh, anda boleh menggantung bekas berisi air pada radiator anda atau meletakkan

mangkuk berisi air pada atau berdekatan radiator anda (Gamb. 3).

Bahasa MElayu

55

Advertising
This manual is related to the following products: