Membersihkan silinder penuras, Peringatan untuk membersihkan silinder penuras – Philips ErgoFit Aspirador sin bolsa User Manual

Page 58

Advertising
background image

2

Masukkan rabung di atas muncung ke dalam slot penempatan untuk menempatkan tiub pada

kedudukan yang memudahkan (Gamb. 21).

3

Untuk memastikan penempatan tiub teleskop yang stabil, laraskan tiub menjadi paling pendek.

4

Untuk meneruskan pembersihan vakum, hanya tekan butang siap sedia pada alat kawalan jauh

sekali lagi.
Membersihkan silinder penuras

Silinder penuras yang bersih membantu mengekalkan kuasa sedutan yang tinggi.

Selepas setiap kali memvakum, bersihkan silinder penuras mengikut cara yang diterangkan di bawah.
Biarkan hos tetap bersambung dengan perkakas setiap kali hendak melakukan proses

pembersihan penuras untuk mengelakkan habuk keluar daripada perkakas.

Menggunakan pemegang pembersihan penuras untuk membersihkan silinder

penuras (jenis tertentu sahaja).

1

Matikan perkakas dan cabut plagnya (Gamb. 20).

2

Kekalkan perkakas dalam kedudukan mendatar, dengan semua roda menyentuh lantai.

3

Tekan butang pelepas penutup (1) dan buka penutup (2) (Gamb. 22).

4

Putar pemegang pembersihan penuras sehingga ia telah membuat 6 bulatan penuh (Gamb. 23).

5

Tutup penutup dengan kuat (‘klik’).

Menggunakan butang autoBersih untuk membersihkan silinder penuras (jenis

tertentu sahaja)

Tekan butang AutoBersih setiap kali anda selesai menggunakan pembersih vakum.
Pastikan timba habuk, silinder penuras dan bekas silinder penuras telah dipasang dengan betul dan

penutupnya ditutup dengan betul.

1

Matikan perkakas. Biarkan plag sesalur kuasa di dalam soket dinding (Gamb. 20).

2

Kekalkan perkakas dalam kedudukan mendatar, dengan semua roda menyentuh lantai.

3

Tekan butang AutoBersih pada alat kawalan jauh pada gegenggam tangan (Gamb. 24).

, Anda mendengar bunyi bip dan proses pembersihan penuras akan bermula.

, Semasa proses pembersihan penuras berjalan, perkakas akan berdetar-detar. Ini memang biasa.

, Apabila proses pembersihan penuras selesai, anda akan mendengar bunyi bip.

Menggunakan butang autoBersih semasa memvakum (jenis tertentu sahaja)

Anda juga boleh menekan butang AutoBersih semasa pembersihan vakum. Apabila anda melakukan

ini, motor akan berhenti dan proses membersihkan penuras akan bermula. Semasa proses

membersihkan penuras, perkakas tidak menyedut kotoran. Apabila proses membersihkan penuras

selesai, motor akan mula berjalan kembali secara automatik dan anda boleh meneruskan

pembersihan vakum.

peringatan untuk membersihkan silinder penuras

Anda hendaklah membersihkan silinder penuras setiap kali selepas sesi memvakum. Ini mengelakkan

silinder penuras daripada tersumbat dan membantu mengekalkan kuasa sedutan yang optimum.

- Jika anda tidak membersihkan silinder penapis dalam beberapa sesi memvakum berturut-turut,

lampu penuras akan berkelip selama 15 saat. (Gamb. 25)

Bahasa MElayu

58

Advertising
This manual is related to the following products: