Bahaya, Amaran, Awas – Philips Afeitadora NIVEA FOR MEN User Manual

Page 173: Bahasa melayu, Pengenalan, Perihalan umum (gamb. 1), Penting

Advertising
background image

173

pengenalan

Tahniah atas pembelian anda, dan selamat datang ke Philips! Untuk mendapat manfaat sepenuhnya

daripada sokongan yang ditawarkan oleh Philips, daftarkan produk anda di www.philips.com/

welcome.

Sila baca manual pengguna ini, kerana ia mengandungi maklumat mengenai ciri hebat pencukur

ini serta beberapa petua untuk mencukur dengan lebih mudah dan menyeronokkan.

perihalan umum (gamb. 1)

a Pencukur

1 Tukup perlindungan

2 Perapi

3 Unit pencukur

4 Katrij perapi pencukuran

5 Butang Perapi Pencukuran

6 Butang hidup/mati

7 Lampu pengecas

B Pengecas

c Stesen isi semula & cas

1 Penutup stesen isi semula & cas

2 Penyimpanan ruang perapi

3 Panel belakang

4 Soket untuk plag kecil

5 Lampu ‘Katrij perapi isian’

6 Lampu botol perapi

D Berus pembersih

E Botol perapi pencukuran NIVEA UNTUK LELAKI

F Beg kecil

g Penyesuai (penyesuai anda mungkin berbeza daripada yang ditunjukkan dalam rajah)

penting

Baca manual pengguna ini dengan teliti sebelum anda menggunakan perkakas dan simpan untuk

rujukan masa depan.

Bahaya

- Pastikan plag penyesuai tidak basah (plag penyesuai anda mungkin berbeza daripada yang

ditunjukkan dalam rajah) (Gamb. 2).
amaran:

- Berhati-hati dengan air panas. Sentiasa periksa agar air tidak begitu panas, untuk mengelakkan

tangan anda daripada luka terbakar.

- Plag penyesuai mengandungi pengubah. Jangan potong plag penyesuai untuk menggantikannya

dengan plag yang lain kerana ini akan menimbulkan situasi berbahaya.

- Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang

upaya dari segi fizikal, deria atau mental, atau kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali

mereka diawasi atau diberi arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh orang yang

bertanggungjawab atas keselamatan mereka.

- Kanak-kanak hendaklah diselia untuk memastikan mereka tidak bermain dengan perkakas ini.

awas

- Jangan sesekali tenggelamkan stesen isi semula & cas di dalam air mahupun membilasnya di

bawah air paip (Gamb. 3).

- Jangan sesekali tenggelamkan pengecas atau membilasnya di bawah air paip (Gamb. 4).

BaHaSa mElayu

Advertising
This manual is related to the following products: