Mematuhi piawai, Bersedia untuk menggunakannya, Mengecas dengan menggunakan plag kuasa – Philips Afeitadora NIVEA FOR MEN User Manual

Page 174

Advertising
background image

- Sentiasa tempatkan dan guna stesen isi semula & cas dan pengecas di atas permukaan yang

tahan bendalir.

- Guna, cas dan simpan perkakas pada suhu antara 5°C dan 35°C.

- Sentiasa pasang tukup perlindungan pada pencukur bagi melindungi kepala pencukur semasa

anda dalam perjalanan.

- Pencukur dan aksesori lain tidak kalis mesin basuh pinggan mangkuk.

- Jangan sekali-kali gunakan air yang lebih panas daripada 80°C untuk membilas pencukur tersebut.

- Hanya gunakan plag penyesuai, pengecas dan stesen isi semula & cas yang disediakan.

- Jangan gunakan stesen isi semula & cas sekiranya plag penyesuai atau stesen itu sendiri telah

rosak.

- Jangan gunakan pencukur atau pengecas sekiranya ianya rosak.

- Jika plag penyesuai rosak, sentiasa gantikan dengan jenis asli bagi mengelakkan bahaya.

mematuhi piawai

- Pencukur ini mematuhi kelulusan antarabangsa dengan keselamatan pengawalan dan boleh

digunakan dengan selamat semasa mandi atau mandi hujan dan membersihkan bawah pili

air (Gamb. 5).

- Perkakas Philips ini mematuhi semua piawai yang berhubung dengan medan elektromagnet

(EMF). Jika dikendalikan dengan betul dan mematuhi arahan dalam manual pengguna ini, perkakas

selamat untuk digunakan menurut bukti saintifik yang boleh didapati pada masa ini.
am

- Penyesuai mengubah 100-240 volt kepada voltan rendah dan selamat tidak melebihi 24 volt.

Bersedia untuk menggunakannya

1

Tanggalkan tab botol perapi pencukuran NIVEA UNTUK LELAKI (Gamb. 6).

2

Pusingkan penutup botol perapi ke arah jam (‘klik’) (Gamb. 7).

, Penutup bergerak ke bawah dan muncung perapi muncul.

3

Pusingkan penutup stesen isi semula & cas ke arah lawan jam untuk menanggalkannya.

4

Keluarkan bungkusan daripada lubang botol dok di dalam stesen isi semula & cas.

5

Tempatkan botol perapi di dalam lubang dok dengan muncungnya menghadap ke

bawah (Gamb. 8).

6

Tempatkan kembali tukup pada stesen isi semula & cas (1) dan pusing tukup mengikut arah

jam untuk mengetatkannya (2) (Gamb. 9).

7

Letakkan plag kecil di dalam soket stesen isi semulal & cas dan letakkan plag penyesuai di

dalam soket dinding (Gamb. 10).

8

Letakkan pencukur di dalam stesen isi semula & cas dan tolakkan ke belakang

(‘klik’) (Gamb. 11).

Nota: Pencukur dicas dan diisi dengan perapi automatik.

9

Cas pencukur selama 90 minit. (Gamb. 12)

Nota: Cas pencukur sebelum anda menggunakannya untuk kali pertama atau bila lampu pengecas

menunjukkan bateri kosong (lihat bahagian ‘Penunjuk cas’).
Nota: Pencukur yang dicas penuh mempunyai masa pencukuran sehingga kira-kira 40 minit.

mengecas dengan menggunakan plag kuasa

1

Letakkan plag yang kecil di pengecas dan letakkan plag penyesuai di soket dinding.

2

Letakkan pencukur di atas pengecas (Gamb. 13).

BaHaSa mElayu

174

Advertising
This manual is related to the following products: