Huawei P8 Lite User Manual

Page 51

Advertising
background image

47

Buang bateri yang digunakan mengikut peraturan tempatan. Penggunaan

bateri dengan salah boleh menyebabkan kebakaran, letupan atau bahaya
lain.

Peranti mempunyai bateri terbina dalam yang tidak boleh dicabut. Jangan

cuba cabut bateri, jika tidak, peranti mungkin rosak. Untuk menggantikan
bateri, bawa peranti ke pusat perkhidmatan yang dibenarkan.

Peranti dan aksesorinya bukan bertujuan untuk kegunaan kanak-kanak.

Kanak-kanak hanya boleh menggunakan peranti dengan penyeliaan orang
dewasa.

Perlindungan alam sekitar

Peranti dan aksesorinya (jika disertakan), seperti penyesuai kuasa, alat

dengar dan bateri tidak boleh dilupuskan dengan sampah rumah.

Pelupusan peranti dan aksesorinya tertakluk kepada peraturan tempatan.

Sokong pengumpulan yang betul dan kitar semula.

Pematuhan perundangan EU

Pengendalian dipakai pada badan
Peranti mematuhi spesifikasi RF apabila digunakan berdekatan telinga anda
atau pada jarak 1.5 cm dari badan anda. Pastikan aksesori peranti seperti
bekas peranti dan pemegang peranti tidak mempunyai komponen logam.
Pastikan peranti jauh dari badan anda untuk memenuhi keperluan jarak.
Maklumat Pensijilan (SAR)
Peranti ini memenuhi garis panduan pendedahan kepada gelombang radio.
Peranti anda adalah pemancar dan penerima radio berkuasa rendah. Seperti
yang disyorkan oleh garis panduan antarabangsa, peranti ini direka untuk
tidak melebihi had pendedahan kepada gelombang radio. Garis panduan ini
dibangunkan oleh Suruhanjaya Perlindungan Sinaran Bukan Pengion (ICNIRP),
organisasi saintifik bebas dan termasuk langkah keselamatan yang direka
untuk memastikan keselamatan untuk semua pengguna, tanpa mengira umur
dan kesihatan.

Advertising