Huawei P8 Lite User Manual
Page 53
 
49
Pematuhan Perundangan FCC
Pengendalian dipakai pada badan
Peranti mematuhi spesifikasi RF apabila digunakan berdekatan telinga anda 
atau pada jarak 1.0 cm dari badan anda. Pastikan aksesori peranti seperti 
bekas peranti dan pemegang peranti tidak mempunyai komponen logam. 
Pastikan peranti jauh dari badan anda untuk memenuhi keperluan jarak.
Maklumat Pensijilan (SAR)
Peranti ini juga direka bentuk untuk memenuhi keperluan pendedahan kepada 
gelombang radio yang disediakan oleh Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan 
(AS).
Had SAR yang diguna pakai oleh AS ialah 1.6 W/kg dipuratakan pada satu 
gram tisu. Nilai SAR tertinggi dilaporkan kepada FCC untuk jenis peranti ini 
mematuhi had ini.
Nilai SAR tertinggi dilaporkan kepada IC untuk jenis peranti ini apabila 
digunakan pada telinga ialah 0.78 W/kg, dan apabila dipakai pada badan ialah 
0.65 W/kg, dan apabila menggunakan fungsi hotspot Wi-Fi ialah 0.70 W/Kg.
Kenyataan FCC
Peralatan ini telah diuji dan mematuhi had untuk peranti digital Kelas B, 
menurut Bahagian 15 Peraturan FCC. Had ini direka untuk memberikan 
perlindungan yang munsabah terhadap gangguan yang merbahaya dalam 
pemasangan kediaman. Peralatan ini menjana, menggunakan dan boleh 
memancarkan tenaga frekuensi radio dan, jika tidak dipasang dan digunakan 
mengikut arahan, boleh menyebabkan gangguan yang berbahaya kepada 
komunikasi radio. Walau bagaimanapun, tiada jaminan gangguan tidak akan 
berlaku dalam pemasangan tertentu. Jika peralatan ini tidak menyebabkan 
gangguan yang berbahaya kepada penerimaan radio atau televisyen, yang 
boleh ditentukan dengan mematikan dan menghidupkan peralatan, pengguna 
digalakkan untuk cuba membetulkan gangguan dengan satu atau lebih 
daripada langkah berikut:
--Mengorientasikan semula atau menempatkan semula antena penerima.
--Tingkatkan pemisahan antara peralatan dan penerima.
--Sambung peralatan ke dalam outlet pada litar yang berbeza daripada yang 
penerima disambungkan.