Philips StyleShaver Perfilador y afeitadora resistente al agua User Manual

Page 75

Advertising
background image

Awas

- Guna, cas dan simpan perkakas pada suhu antara 5°C dan 35°C.

- Jangan cas perkakas dalam pau penyimpanan.

- Hanya gunakan penyesuai dan dirian pengecasan yang dibekalkan.

- Jangan rendam perkakas di dalam air atau cecair lain. Bilas sahaja

perkakas di bawah paip untuk membersihkannya.

- Jika perkakas didedahkan kepada perubahan besar dalam suhu, tekanan

atau kelembapan, biarkan ia menyesuai iklim selama 30 minit sebelum

anda menggunakannya.

- Jika penyesuai atau dirian pengecasan rosak, sentiasa pastikan ia diganti

dengan jenis yang asli bagi mengelakkan bahaya.

- Jangan gunakan perkakas jika kepala pencukur atau salah satu sikat

perapian rosak atau patah, kerana ini boleh menyebabkan kecederaan.

- Perkakas ini hanya dimaksudkan untuk perapian dan pencukuran kering

bulu muka (janggut, misai dan jambang).

Pematuhan standard

- Perkakas ini mematuhi peraturan keselamatan antarabangsa IEC yang

diluluskan dan boleh digunakan dengan selamat di tempat mandi atau

air pancur hujan.

- Perkakas Philips mematuhi semua piawaian dan peraturan berkaitan

dengan pendedahan kepada medan elektromagnet.

Pengecasan

QS6161 sahaja: Pengecasan biasanya mengambil masa kira-kira 1 jam.

QS6141 sahaja: Pengecasan biasanya mengambil masa kira-kira 4 jam.

Apabila perkakas dicas sepenuhnya, ia boleh berfungsi selama 75 minit.

Penunjuk status bateri:

- Apabila penunjuk status bateri berkelip putih, bateri sedang dicas.

- Apabila penunjuk status bateri bernyala putih berterusan, bateri sudah

dicas sepenuhnya. Penunjuk ini ditunjukkan selama 30 minit. Kemudian

penunjuk status bateri akan padam.

- Apabila penunjuk status bateri berkelip jingga, bateri sudah hampir

kosong (lebih kurang 10 minit sahaja lagi baki masa berfungsinya).

- Apabila penunjuk status bateri berkelip jingga dengan cepat, bateri

sudah kosong. Anda perlu mengecas perkakas sebelum boleh

menggunakannya semula.

Nota: Perkakas hanya boleh dicas dalam dirian pengecasan sahaja.

1

Masukkan plag kecil dalam dirian pengecasan.

Nota: Plag kecil paling mudah untuk dimasukkan apabila dirian

pengecasan sedang dilipat.

2

Buka lipatan dirian pengecasan (‘klik’).

3

Letakkan penyesuai di dalam soket dinding.

BAHASA MELAYU

75

Advertising
This manual is related to the following products: