Philips StyleShaver Perfilador y afeitadora resistente al agua User Manual

Page 79

Advertising
background image

Menggunakan bahagian tepat kepala perapi
Kepala perapi tepat hanya separuh daripada kelebaran kepala perapi biasa.

Oleh itu ia membenarkan penggayaan yang lebih tepat untuk bahagian di

sekeliling telinga, jambang dan juga di sekitar mulut dan di bawah hidung.

1

Untuk menggunakan bahagian tepat kepala perapi, putarkan sahaja

kepala perapi sehingga bahagian tepat menghadap bahagian depan

perkakas.

2

Tekan butang hidup/mati kepala perapi untuk menghidupkan kepala

perapi.

3

Pegang perkakas dengan kepala perapi menghala ke atas dan lakukan

sambaran ke bawah dengan kepala perapi tepat.

Pencukuran

Sebelum menggunakan kepala pencukur, sentiasalah memeriksanya untuk

kerosakan atau kelusuhan. Jika kepala pencukur rosak atau lusuh, jangan

gunakannya kerana kecederaan mungkin berlaku. Ganti kepala pencukur

yang rosak sebelum menggunakannya semula (lihat bab ‘Penggantian’).
Petua dan teknik mencukur

- Kepala pencukur sesuai untuk kegunaan basah serta kering. Gunakan

kepala pencukur dengan gel atau busa cukur untuk mendapatkan

keselesaan tambahan pada kulit atau gunakan kepala pencukur untuk

pencukuran yang lebih mudah.

Nota: Kami menasihati anda agar menggunakan kepala pencukur dengan

gel atau busa pencukur ketika anda menggunakannya untuk cukuran basah.

Jangan gunakan krim pencukur yang pekat atau minyak pencukur dengan

pencukur ini.

- Pastikan kepala pencukur bersentuh sepenuhnya dengan kulit.

- Anda boleh menghidupkan kepala pencukur semasa kepala perapi

sedang beroperasi. Jika anda berbuat begini, kepala perapi akan

dimatikan dengan segera.

- Kulit anda mungkin memerlukan 2 atau 3 minggu sebelum biasa dengan

sistem pencukuran Philips.

BAHASA MELAYU

79

Advertising
This manual is related to the following products: