Philips StyleShaver Perfilador y afeitadora resistente al agua User Manual

Page 87

Advertising
background image

Alam sekitar

- Jangan buang perkakas dengan sampah rumah yang biasa pada akhir

hayatnya, sebaliknya serahkan ke pusat pungutan rasmi untuk dikitar

semula. Dengan berbuat demikian, anda membantu memelihara alam

sekitar.

- Bateri boleh cas semula terbina dalam mengandungi bahan yang

boleh mencemarkan alam sekitar. Pastikan anda mengeluarkan bateri

sebelum membuang atau menyerahkan perkakas di pusat pungutan

rasmi. Buang bateri ini di pusat pungutan rasmi bagi bateri. Jika anda

menghadapi masalah untuk mengeluarkan bateri, anda juga boleh

membawa perkakas ini ke pusat servis Philips. Kakitangan pusat ini akan

mengeluarkan bateri ini untuk anda dan akan membuangnya dengan

cara yang selamat bagi alam sekitar.

Mengeluarkan bateri boleh cas semula
Hanya keluarkan bateri boleh cas semula apabila ia betul-betul habis.

1

Cabut plag perkakas dari sesalur kuasa dan biarkan perkakas berjalan

sehingga motornya berhenti.

2

Keluarkan kepala pencukur dan pemotong dari perkakas.

3

Buka empat skru penutup atas dengan pemutar skru.

4

Tanggalkan penutup.

5

Masukkan pemutar skru di bawah panel belakang dan keluarkan panel

tersebut.

6

Masukkan pemutar skru di bawah penutup asas badan dan keluarkan

penutup tersebut.

, Sekarang anda nampak papan litar tercetak.

7

Pecahkan bateri dari papan litar tercetak.

Berhati-hati, jalur bateri sangat tajam.

Jaminan dan sokongan

Jika anda perlukan maklumat atau sokongan, sila lawati

www.philips.com/support atau baca risalah jaminan sedunia.

BAHASA MELAYU

87

Advertising
This manual is related to the following products: