Bahaya, Amaran, Bahasa melayu – Philips Lampe infrarouge InfraCare User Manual

Page 41: Pengenalan, Perihalan umum (gamb. 1), Penting

Advertising
background image

41

Pengenalan

Tahniah atas pembelian anda, dan selamat datang ke Philips! Untuk mendapat manfaat sepenuhnya

daripada sokongan yang ditawarkan oleh Philips, daftarkan produk anda di www.philips.com/

welcome.

Dengan InfraCare, anda boleh merawat masalah otot dan sendi, dan meredakan kesakitan pada otot

dan sendi dengan selesa di rumah. Sama seperti matahari, perkakas ini memancarkan cahaya

inframerah. Penuras khasnya hanya menyalurkan jenis cahaya yang diperlukan untuk mencapai kesan

terapeutik yang dikehendaki. InfraCare juga dapat digunakan untuk bersantai atau persediaan untuk

urutan.

Perihalan umum (gamb. 1)

A

Petak bateri

B

Pemasa

C

Bingkai lampu dengan sesiku boleh laras

D

Kipas

E

Tapak

F

Butang hidup/mati dengan lampu hidup kuasa

G

Penuras

H

Lampu halogen inframerah

I

Gegenggam

Penting

am

- Simbol pada InfraCare mempunyai maksud berikut:

1 Simbol ini membari amaran kepada anda mengenai permukaan yang panas (Gamb. 2).

2 Simbol ini menunjukkan bahawa anda perlu membaca manual pengguna ini dengan berhati-hati

sebelum anda menggunakan perkakas. Simpan manual pengguna untuk rujukan masa

hadapan (Gamb. 3).

3 Simbol ini menunjukkan bahawa perkakas ini didwitebatkan (Kelas II) (Gamb. 4).

- Perkakas ini memenuhi keperluan Arahan Alat Perubatan MDD93/42/EEC.

Bahaya

- Air dan eletrik adalah kombinasi yang berbahaya! Jangan gunakan perkakas ini di dalam

persekitaran yang basah (contohnya di dalam bilik air atau berhampiran dengan pancuran atau

kolam mandi).

- Jangan benarkan air memasuki perkakas atau tumpahkan air ke atas perkakas.

amaran:

- Periksa sama ada voltan yang ditunjukkan pada perkakas sepadan dengan voltan sesalur kuasa

setempat sebelum anda menyambungkan perkakas.

- Jika kord sesalur rosak, ia mesti digantikan oleh Philips, pusat servis yang dibenarkan oleh Philips

atau pihak yang telah diluluskan bagi mengelakkan bahaya.

- Jangan tinggalkan perkakas tanpa pengawasan semasa ia dihidupkan.

- Perkakas ini bukan dimaksudkan untuk kegunaan oleh orang yang kurang upaya dari segi fizikal,

deria atau mental, atau kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali mereka diawasi atau

diberi arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh orang yang bertanggungjawab atas

keselamatan mereka.

- Perkakas ini bukan dimaksudkan untuk digunkan oleh kanak-kanak. Kanak-kanak hendaklah

diawasi untuk memastikan mereka tidak bermain dengan perkakas ini.

- Perkakas ini dimaksudkan untuk rawatan kesakitan pada otot dan sendi, dan kekejangan pada

otot dan sendi, dan bukannya untuk rawatan kesakitan pada abdomen, muka dan jenis kesakitan

yang lain.

BaHasa MElayu

Advertising
This manual is related to the following products: