Jangka rawatan, Menggunakan infracare, Pembersihan – Philips Lampe infrarouge InfraCare User Manual

Page 44

Advertising
background image

- Pada jarak sejauh 30-40sm dari badan, InfraCare merawat bahagian seluas lebih kurang 40sm kali

30sm (lebar x tinggi). Pada jarak yang lebih jauh, bahagian yang dirawat menjadi lebih besar dan

cahaya lampu dan seterusnya kekuatan haba menjadi berkurang. Pada jarak yang lebih dekat,

kawasan yang dirawat menjadi lebih kecil dan cahaya lampu dan seterusnya kekuatan haba

menjadi bertambah.

- Pastikan jarak antara badan dan perkakas adalah cukup jauh untuk mengelakkan daripada

tersentuh dengan penuras yang panas.

- Pilih jarak di mana kehangatan adalah selesa bagi anda dan tambahkan jarak jika

kehangatan menjadi terlalu kuat.

Nota: Kehangatan daripada perkakas hanya akan mencapai kekuatan sepenuhnya beberapa minit

selepas anda menghidupkannya. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna bahawa perkakas tidak

berkesan dalam tempoh beberapa minit pertama ini.

Jangka rawatan

Tempoh masa rawatan bergantung kepada jenis rawatan dan orang yang dirawat. Rawatan terhadap

satu otot atau sendi sepatutnya berlangsung selama lebih kurang 15 minit. Jika perlu, rawatan boleh

diulangi beberapa kali sehari. Tempoh rawatan yang lebih lama daripada 15 minit tidak akan memberi

hasil yang lebih baik. Anda boleh mengulangi rutin beberapa rawatan sehari pada beberapa hari yang

berturutan untuk mendapat hasil. Jika tidak terdapat sebarang kemajuan selepas 6-8 rawatan,

hentikan penggunaan perkakas dan rujuk doktor anda. Bagi masalah yang kronik, perkakas boleh

digunakan untuk tempoh yang lebih panjang, asalkan anda mengikuti arahan yang terdapat

pada bahagian ‘Amaran’ dalam bab ‘Penting’.

Menggunakan infracare

1

Masukkan plag utama ke dalam soket.

2

Tekan butang hidup/mati untuk menghidupkan perkakas (Gamb. 12).

, Lampu kuasa hidup hijau menyala.

3

Tekan butang pemasa untuk menetapkan masa rawatan yang dikehendaki (0-99 minit). Tahan

butang dalam keadaan tertekan untuk melaraskan masa dengan lebih cepat.

, Masa yang ditetapkan ditunjukkan pada paparan.

, Dua saat selepas anda melepaskan butang pemasa, pemasa akan mula mengira detik dalam

minit. Minit yang terakhir dipaparkan dalam saat. Semasa pengiraan detik, baki masa berkelip

pada paparan.

Nota: Untuk menukar masa yang ditetapkan semasa rawatan, teruskan menahan butang pemasa

selama dua saat sehingga ‘00’ muncul pada paparan. Kemudian gunakan butang pemasa untuk

menetapkan masa rawatan yang baru.

, Apabila masa yang ditetapkan telah berlalu, anda akan mendengar bip berselang-selang dan

‘00’ berkelip pada paparan.

4

Tekan butang pemasa untuk menghentikan bunyi bip. Jika anda tidak menekan butang pemasa,

bunyi bip akan secara automatik berhenti selepas 45 saat.

Nota: Pemasa tidak akan mematikan perkakas. Ia hanya memberi isyarat bahawa masa yang

ditetapkan telah berlalu.

5

Selepas penggunaan, tekan butang hidup/mati untuk mematikan perkakas.

Pembersihan

Cabut plag perkakas dan biarkan ia sejuk selama 15 minit sebelum anda membersihkannya.
Jangan sekali-kali menggunakan pad penyental, agen pembersih yang melelas atau cecair yang

agresif seperti petrol atau aseton untuk membersihkan perkakas.

BaHasa MElayu

44

Advertising
This manual is related to the following products: