Lennox Hearth C820S User Manual

Page 23

Advertising
background image

48

GB

MA

CN

JA

KO

TH

CN

RELEASE YOUR JABRA

49

GB

MA

CN

JA

KO

TH

CN

Jabra C820s stereo headphones

1. Terima kasih

Terima kasih kerana membeli fon kepala Jabra C820s. Kami berharap anda akan
menikmatinya!
Manual arahan ini akan membantu anda untuk bermula dan bersedia untuk
menggunakan fon kepala anda dengan sepenuhnya.

2. Mengenai fon kepala Jabra C820s anda

Aksesori

1. Fon Kepala Pembatalan Hingar Aktif

6. Kabel fon kepala pendek

2. Suis kuasa

7. Penyesuai untuk penggunaan

3. LED kuasa

dalam pesawat udara

4. Bateri AAA

8. Penyesuai audio 6.5mm

5. Kabel fon kepala

9. Penyesuai 2.5mm untuk

telefon bimbit stereo

10. Beg pembawa

3. Apa yang boleh dilakukan oleh fon kepala anda

Fon kepala Jabra anda membenarkan anda melakukan kesemua ini:
• Mendengar muzik dengan atau tanpa ciri pembatalan hingar
• Menikmati persekitaran yang tenang dengan adanya ciri pembatalan hingar
Bagaimanakah Pembatalan Hingar Aktif berfungsi?
Fon kepala Pembatalan Hingar Aktif terdiri daripada tiga bahagian: mikrofon,
yang mengukur bunyi sekeliling, pembesar suara, dan di antara kedua-duanya,
peranti elektronik pembatalan hingar yang mengukur bunyi dan menjanakan
respons ‘antihingar’.
Antihingar ialah salinan songsang bunyi itu sendiri. Apabila antihingar
digabungkan dengan gangguan bunyi yang asal, ia menghasilkan tahap
hingar yang lebih rendah yang ditanggapi oleh telinga kita.

Spesifikasi
• Respons frekuensi: 20 Hz hingga 22 kHz • Berat: kurang daripada 200g
• Impedans: 64 Ohm

• Kuasa: 1 x bateri AAA

• Pembatalan Hingar: sehingga 22dB

• Hayat bateri: sehingga 50 jam

• Ukuran: 174mm x 163mm x 80mm

4. Bermula

Jabra C820s mudah untuk dikendalikan dengan hanya satu suis yang ada pada
alat dengar untuk mengawal Pembatalan Hingar Aktif.

5. Memasukkan bateri

Penutup bateri terletak di bahagian atas alat dengar sebelah kiri. (Lihat rajah 2).
1. Buka penutup bateri dengan menariknya ke atas
2. Masukkan bateri AAA (hujung positif menghadap ke luar)
3. Tutup penutup bateri
Nota: Bateri perlu ditukar apabila LED biru berkelip.
Awas, sentiasa gunakan bateri AAA yang tidak boleh dicas semula. Buang
bateri yang telah digunakan mengikut arahan.

3

2

1

4

7

8

9

10

5

6

Advertising