Lennox Hearth C820S User Manual

Page 24

Advertising
background image

50

GB

MA

CN

JA

KO

TH

CN

RELEASE YOUR JABRA

51

GB

MA

CN

JA

KO

TH

CN

Jabra C820s stereo headphones

6. Menghidupkan Pembatalan Hingar Aktif

1. Gelangsarkan suis fon kepala kepada kedudukan Hidup (Lihat rajah 3).
2. LED biru seharusnya diaktifkan dan kelantangan bunyi latar belakang yang

berfrekuensi rendah sepatutnya nyata berkurangan

7. Menyambung fon kepala pada sumber audio anda

1. Sambungkan bahagian hujung lurus yang ada pada kabel boleh tanggal

pada fon kepala anda (Lihat rajah 4).

2. Sambungkan hujung yang satu lagi pada sumber audio anda
3. Tekan Main pada sumber audio anda
4. Anda boleh menikmati audio tersebut dengan atau tanpa ciri Pembatalan

Hingar Aktif

8. Menyimpan fon kepala anda

1. Matikan fon kepala
2. Putarkan alat dengar untuk melipat rata fon kepala tersebut
3. Letakkan fon kepala dan aksesori dalam bekas pembawa (Lihat rajah 5).

9. Penyelesaian masalah & Soalan lazim (FAQ)

Pembatalan hingar tidak ada
• Pastikan bahawa suis berada di kedudukan yang betul (lampu penunjuk biru

(LED) seharusnya menyala)

• Pastikan bahawa bateri dimasukkan dengan betul dan telah dicas
Kelantangan audio rendah atau tidak wujud
• Pastikan bahawa kabel audio telah disambungkan dengan betul
• Periksa kelantangan audio bagi sumber audio anda
Terdapat bunyi gemeresik atau kehilangan pembatalan hingar
• Tukar bateri

10. Perlukan bantuan lanjut?

1. Web: www.Jabra.com (untuk maklumat sokongan dan Manual Pengguna dalam

talian terkini)

2. Telefon bebas tol Isnin hingga Jumaat

Nombor Bebas Tol:
Australia:

1-800-083-140

(10:00 – 19:00)

China:

800-858-0789

(08:00 – 19:00)

Hong Kong:

800-968-265

(08:00 – 17:00)

Indonesia:

001-803-852-7664

(08:00 – 17:00)

Jepun:

0034-800-400-594

(09:00 – 18:00)

Malaysia:

1800-812-160

(08:00 – 17:00)

New Zealand:

0800-447-982

(12:00 – 21:00)

Singapura:

800-860-0019

(08:00 – 17:00)

Taiwan:

0080-186-3013

(08:00 – 19:00)

India:

000-800-852-1185

(05:30 – 14:30)

Filipina:

1800 765 8068

(08:00 – 17:00)

11. Keselamatan

• Baca arahan-arahan ini dengan teliti
• Jangan dedahkan set kepala atau mana-mana bahagian yang dibekalkan

kepada hujan atau cecair lain.

• Sentiasa simpan Jabra C820s dengan dimatikan kuasa dan terlindung

dengan selamat.

• Jangan gunakan fon kepala berdekatan dengan air
• Elakkan penyimpanan dalam suhu melampau (melebihi 65°C/149°F

– termasuk sinaran langsung cahaya matahari – atau di bawah -10°C/14°F).
Ini boleh memendekkan hayat bateri dan boleh menjejaskan operasi. Suhu
tinggi juga boleh menurunkan prestasi.

• Bersihkan dengan kain yang kering sahaja
• AMARAN: Menggunakan fon kepala pada kelantangan yang tinggi boleh

mengakibatkan kehilangan pendengaran yang kekal. Jika anda mengalami
dengungan dalam telinga anda, kurangkan kelantangan atau hentikan
penggunaan fon kepala. Dengan penggunaan berterusan pada kelantangan
tinggi, telinga anda mungkin menjadi biasa dengan tahap bunyi tersebut,
yang mana mungkin mengakibatkan kerosakan kekal kepada pendengaran
anda. Kekalkan kelantangan pada tahap yang selamat. Menggunakan fon
kepala semasa mengendalikan kenderaan bermotor, motosikal, kenderaan
air atau basikal mungkin berbahaya dan adalah salah di sisi undang-undang
dalam sesetengah negara. Semak undang-undang setempat anda. Berhati-
hati ketika menggunakan fon kepala semasa menjalankan sebarang aktiviti
yang memerlukan perhatian anda sepenuhnya. Semasa sedang menjalankan
aktiviti sedemikian, mengalihkan pembesar suara daripada kawasan telinga
anda atau mematikan fon kepala anda akan dapat mengelakkan anda
daripada terganggu, agar kemalangan atau kecederaan dapat dielakkan.

12. Waranti

Jabra (GN Netcom) menjamin produk ini daripada sebarang kecacatan bahan
dan hasil kerja bagi tempoh setahun dari tarikh pembelian asal. Syarat-syarat
waranti ini dan tanggungjawab kami di bawah waranti ini adalah seperti berikut:
• Waranti ini terhad kepada pembeli asal
• Salinan resit anda atau bukti pembelian yang lain diperlukan.
• Waranti ini tidak sah jika nombor siri, label kod tarikh atau label produk

dibuka, atau jika produk terdedah kepada tindakan fizikal, pemasangan yang
tidak betul, pengubahsuaian atau pembaikan oleh pihak ketiga yang tidak
bertauliah

Advertising