Penapisan dalam beberapa peringkat, Bahasa melayu, Pengenalan – Philips AC4118 User Manual

Page 30: Perihalan umum (gamb. 1)

Advertising
background image

0

Pengenalan

Tahniah ke atas pembelian anda, dan selamat datang ke Philips! Untuk mendapat manfaat

sepenuhnya daripada sokongan yang ditawarkan oleh Philips, daftarkan produk anda di www.philips.

com/welcome.

Dengan Sistem Udara Bersih yang baru ini anda menyedut udara yang lebih bersih. Untuk

mendapatkan hasil yang terbaik, letakkan Sistem Udara di dalam bilik di mana anda banyak

menghabiskan masa anda, cth. bilik istirehat atau bilik tidur.

Di mana sahaja terdapat orang, tanaman atau binatang kesayangan, terdapat zarah bawaan udara

yang boleh menjejaskan kesejahteraan anda, terutamanya jika anda menghidap alergi. Disebabkan

oleh zarah ini, udara di dalam sesebuah bilik mungkin lebih tercemar daripada udara di bandar raya

yang besar.

Biasanya, zarah tidak dapat dilihat dan tidak berbau. Namun demikian ia boleah menjejaskan

kesihatan anda. Sistem Udara Bersih mengurangkan jumlah virus, bakteria, bulu haiwan dan bahan

cemar industri di dalam udara, yang meningkatkan mutu udara.

Penapisan dalam beberapa peringkat

Pembersih udara mempunyai sistem penapisan berbilang peringkat yang unik yang menjamin mutu

udara yang terbaik:

Peringkat 1: Pra penapis menangkap zarah besar.

Peringkat 2: Pengecas zarah corona mengecas zarah yang lebih halus.

Peringkat 3: Penapis zarah ESP memerangkap zarah ultra halus yang bercas.

Peringkat 4: Oksigen aktif mensterilkan bakteria dan virus yang terperangkap.

Peringkat 5: penapis gas zeolite memerangkap rangkaian gas dan bau merbahaya yang meluas.

Peringkat 6: Oksigen aktif bertindak dengan penapis gas zeolite untuk membersihkan gas dan

bau yang terperangkap, supaya penapis tersebut disegarkan semula.

Perihalan umum (gamb. 1)

A

Salur masuk udara

B

Salur keluar udara

C

Panel kawalan AC4064/AC4054

1 Lampu bersedia

2 Lampu Kawalan UdaraCerdik

3 Lampu GalakKuasa

4 Lampu kelajuan untuk kelajuan rendah, sederhana dan tinggi

5 Penunjuk kualiti udara

6 Butang pilihan fungsi

7 Lampu pemasa (1, 4 atau 8 jam)

8 Butang pemasa

D

Panel kawalan AC4062/AC4052

1 Butang hidup/mati

2 Lampu kelajuan untuk kelajuan rendah, sederhana dan tinggi

3 Gelangsar pilihan kelajuan

E

Panel hadapan

F

Penapis zarah ESP

G

Pra-tapis

H

Penapis gas Zeolite

I

Berus

J

Pengecas zarah corona

K

Ceruk

L

Badan perkakas

M

Pemegang

-

-

-

-

-

-

BAhAsA MElAyu

Advertising
This manual is related to the following products: