Menyelesaikan masalah – Philips AC4118 User Manual

Page 36

Advertising
background image

Menyelesaikan masalah

Bab ini meringkaskan masalah yang paling kerap berlaku yang mungkin anda hadapi dengan perkakas

ini. Jika anda tidak dapat menyelesaikannya dengan maklumat di bawah, sila hubungi Pusat Layanan

Pelanggan di negara anda.

Masalah

Penyelesaian

Mod fungsi/masa yang

dipilih tidak berfungsi.

Perkakas mungkin berada dalam mod siap sedia atau mungkin telah

dimatikan.

Perkakas tidak

berfungsi.

Terdapat masalah sambungan. Periksa jika plag telah dimasukkan di dalam

soket dinding dengan betul.
Perkakas mungkin tidak dihidupkan. AC4064/AC4054: tekan butang

pilihan fungsi. AC4062/AC4052: tekan butang hidup/mati.
Penapis zarah ESP atau panel hadapan mungkin tidak diletakkan dengan

betul. Masukkan semula penapis dan pasang semula panel hadapan.
Penapis gas zeolite belum diletakkan lagi. Masukkan penapis dan pasang

semula panel hadapan.
Jika anda menjalankan pemeriksaan di atas dan perkakas masih tidak

berfungsi, ia mungkin rosak. Cabut plag perkakas dan bawanya ke penjual

Philips anda atau pusat servis Philips yang sah.

Udara bersih tidak

keluar dengan lancar

dari salur keluar udara

Pra-tapis mungkin tersumbat. Bersihkan pra-tapis (liha bab ‘The pre-filter

may be clogged. Clean the pre-filter (see chapter ‘Membersih dan

menyelenggara’).
Mungkin and terlupa untuk mengeluarkan pembaluk plastik penapis baru.

Keluarkan pembalut plastik sebelum anda menghidupkan perkakas sekali

lagi.
Salur masuk atau salur keluar udara mungkin terhalang oleh objek luar.

Keluarkan objek yang menghalang salur masuk atau salur keluar udara.
Bersihkan penapis dan pengecas zarah corona (lihat bab ‘Membersih dan

menyelenggara’). Jika ini tidak membantu, cabut plag perkakas dan

bawanya ke wakil penjual Philips anda atau ke pusat servis Philips yang

sah.

Bau tidak dikeluarkan

dengan betul.

Penapis gas zeolite mungkin kotor atau mungkin telah mencapai akhir

hayatnya. Bersihkan penapis gas zeolite (lihat bab ‘Membersih dan

menyelenggara’) atau gantikannya (lihat bab ‘Penggantian penapis’).
Mungkin anda menggunakan perkakas di dalam bilik yang kualiti udara

ambiennya amat tidak baik. Dalam keadaan ini, buka tingkap untuk

meningkatkan pengalihudaraan.
Mungkin anda menggunakan perkakas dalam bilik yang lebih besar

daripada saiz bilik yang dimaksudkan untuk perkakas. Letak perkakas

dalam bilik yang lebih kecil. Saiz bilik yang disyorkan ialah 6m² hingga

20m² untuk AC4054/AC4052 dan 6m² hingga 40m² untuk AC4064/

AC4062.

Zarah habuk tidak

dikeluarkan dengan

betul.

Penapis zarah ESP mungkin telah mencapai akhir hayatnya. Periksa warna

penapis zarah ESP (lihat bab ‘Penggantian Penapis’). Jika perlu, gantikan

penapis tersebut.

BAhAsA MElAyu

6

Advertising
This manual is related to the following products: