Mengeluarkan penapis, Memasukkan penapis, Jaminan dan servis – Philips AC4118 User Manual

Page 35: Alam sekitar

Advertising
background image

Nota: Anda mungkin perlu menggantikan penapis gas zeolite lebih awal dalam keadaan penggunaan

yang melampau (persekitaran merokok, bilik yang baru diubah suai, penggunaan bukan domestik, dsb.)

dan penyelenggaraan yang tidak mencukupi.

Gantikan penapis gas zeolite apabila anda hendak menggantikan penapis zarah ESP.

Penapis zarah ESP baru boleh didapati di bawah nombor jenis yang berikut:

AC4117 untuk Sistem UdaraBersih AC4054/AC4052

AC4118 untuk Sistem UdaraBersih AC4064/AC4062
Mengeluarkan penapis

Petua: Letakkan perkakas pada dinding agar lebih stabil apabila anda mengeluarkan atau memasukkan

penapis.

1

Letakkan jari anda di dalam ceruk sisi panel. Tarik dengan perlahan bahagian atas panel depan

perkakas (1) dan kemudian angkat panel ke atas untuk mengeluarkannya (2) (Gamb. 3).



Untuk menanggalkan penapis zarah ESP, pegang pemegang penapis pada kedua-dua sisi

dan luncur keluarkan penapis dari perkakas perlahan-lahan. (Gamb. 4)



Untuk mengeluarkan penapis gas zeolite, luncurkannya keluar daripada perkakas (Gamb. 18).

Nota: Anda hanya boleh mengeluarkan penapis gas zeolite selepas anda telah mengeluarkan penapis

zarah ESP.



Untuk mengeluarkan pra-tapis, luncurkan keluar dari perkakas (Gamb. 19).

Memasukkan penapis

Petua: Letakkan perkakas pada dinding agar lebih stabil apabila anda mengeluarkan atau memasukkan

penapis.
Nota: Pastikan anda memasukkan penapis dalam kedudukan yang betul (dengan anak panah

menghadap ke arah atas).
Nota: Perkakas dilengkapi dengan peranti keselamatan. Jika anda tidak meletakkan penapis zarah ESP,

penapis gas zeolite dan panel hadapan dengan betul, anda tidak boleh menghidupkan perkakas.

1

Luncurkan penapis gas zeolite ke dalam perkakas. (Gamb. 5)



Luncurkan penapis zarah ESP ke dalam perkakas (Gamb. 6).



Luncurkan pra-tapis ke dalam perkakas. (Gamb. 20)



Untuk menyambungkan semula panel hadapan, masukkan bahagian tepi sebelah bawah dahulu

(1) dan kemudian tekan bahagian atas semula (2) (Gamb. 7).

Jaminan dan servis

Jika anda memerlukan maklumat atau jika anda menghadapi masalah, sila lawati laman web Philips di

www.philips.com atau hubungi Pusat Layanan Pelanggan Philips di negara anda (anda boleh

mendapatkan nombor telefonnya di dalam risalah jaminan sedunia). Jika tiada Pusat Layanan

Pelanggan di negara anda, hubungi wakil pengedar Philips tempatan anda.

Alam sekitar

Jangan buang perkakas bersama sampah rumah biasa pada akhir hayatnya, tetapi bawanya ke

pusat pungutan rasmi untuk dikitar semula. Dengan melakukan sedemikian anda akan

membantu memelihara alam sekitar (Gamb. 21).

,

,

-

-

-

BAhAsA MElAyu

35

Advertising
This manual is related to the following products: