Philips WP3810 User Manual

Page 28

Advertising
background image

- Jika tekanan air terlalu tinggi, kurangkan aliran air paip untuk mengelak

kerosakan kepada kartrij.

- Jauhkan penulen air dari haba untuk mengelak daripada diherot-

benyotkan atau dipecahkan.

- Jangan mengusik penulen air ini.

- Jangan keluarkan kartrij penuras sambil anda menggunakan penulen air.

- Jangan pasang penulen air berhampiran tingkap di mana ia terdedah

kepada cahaya matahari langsung.

- Jangan gunakan penuras air tanpa kartrij penuras.

- Penulen air ini tidak melembutkan air.

- Jangan gunakan air dituras di dalam akuarium. Air paip, dituras atau

pun tidak dituras, boleh membahayakan ikan.

- Penulen air ini dimaksudkan untuk penggunaan rumah tangga sahaja.

- Jangan simpan air tulen untuk mengelakkan daripada pencemaran.

Sentuhan dengan udara mencemarkan air tulen dengan cepat. Jika

anda hendak menyimpan air tulen, gunakan bekas yang bersih dan

simpan air di dalam peti sejuk. Jangan biarkannya di dalam peti sejuk

lebih dari 1 hari untuk mengelakkan pencemaran.

Ciri

- Sistem penurasan multi Philips’ terdiri daripada penuras asas, penuras

sekunder, penuras membran gentian geronggang teknologi tinggi dan

penuras granul karbon diaktifkan.

- Membran gentian geronggang mengandungi lebih daripada 520 bilion

mikroliang yang cukup kecil untuk mengeluarkan zarah sehingga

0.1µm. Ia mengeluarkan 99.99%* bakteria dan sista, karat dan zarah

lain yang lebih besar daripada saiz mikroliang daripada air paip anda

tanpa menyingkirkan kalsium, magnesium dan mineral lain yang

penting bagi badan anda. (* diuji mengikut piawai Persatuan Penulen

Air Jepun (JWPA)).

- Karbon bergranul diaktifkan mengeluarkan bau dan rasa klorin yang

busuk dari air paip anda.

- Selain dari tempoh hayat kartrij yang disyorkan , penunjuk penggantian

kartrij Philips yang unik membantu anda menentukan masa untuk

menggantikan kartrij penuras.

Bahasa MElayu

28

Advertising