Philips AVENT Extractor eléctrico sencillo Comfort User Manual

Page 50

Advertising
background image

- Bersihkan, bilas dan sterilkan semua bahagian pam, kecuali unit motor, tiub dan tudung serta

penyesuai setiap kali sebelum menggunakannya.

- Jangan sekali-kali meletakkan unit motor atau penyesuai di dalam air atau di dalam pensteril,

kerana ini akan menyebabkan kerosakan kekal kepada bahagian-bahagian ini.

- Jangan gunakan agen antibakteria atau agen pembersih yang melelas untuk membersihkan

bahagian-bahagian pam susu badan.

- Jangan gunakan pam susu badan jika diafragma silikon kelihatan rosak atau pecah. Lihat bab

‘Memesan aksesori’ untuk maklumat mengenai cara untuk mendapatkan bahagian gantian.

- Jangan teruskan mengepam selama lebih daripada lima minit pada satu masa jika anda tidak

berjaya memerah susu.

- Jika tekanan yang dijana tidak menyelesakan atau menyebabkan kesakitan, matikan perkakas,

pecahkan kedapan antara buah dada dengan badan pam dengan jari anda dan alihkan pam dari

buah dada anda.

Bersedia untuk menggunakan

Unit motor, tiub silikon dan tudung serta penyesuai tidak perlu dibersihkan dan disteril, kerana ia

tidak akan bersentuhan dengan susu badan.

Bersihkan, bilas dan sterilkan semua bahagian lain pam susu badan sebelum menggunakannya buat

kali pertama sebagaimana yang diterangkan dalam bab ‘Pembersihan dan pensterilan’.Juga bersihkan

bahagian-bahagian ini setiap kali selepas penggunaan dan sterilkan setiap kali sebelum penggunaan

yang seterusnya.

Memasang pam susu badan

Nota: Pastikan bahawa anda telah membersihkan dan mensteril bahagian-bahagian pam susu badan

yang berkaitan. Basuh tangan anda dengan menyeluruh sebelum anda mengendalikan bahagian-

bahagian yang telah dibersihkan.
Berhati-hati, bahagian-bahagian yang telah dibersihkan mungkin masih panas.
Petua: Pam susu badan mungkin akan lebih mudah dipasang semasa ia basah.

1

Selitkan injap putih ke dalam badan pam dari bawah. Tolak masuk injap sejauh yang

boleh (Gamb. 2).

2

Skru badan pam ke botol mengikut arah jam sehingga ia terpasang dengan kukuh (Gamb. 3).

3

Tempatkan diafragma silikon ke dalam badan pam dari atas. Pastikan ia terpasang dengan

kukuh di sekeliling bibir dengan menekan ke bawah dengan jari anda untuk memastikan ia

benar-benar kedap (Gamb. 4).

4

Tempatkan kusyen urutan ke dalam bahagian berupa corong pada badan pam. Tolak masuk

bahagian dalam kusyen urutan sejauh yang boleh dan pastikan ia terkedap sepenuhnya di

sekeliling bibir badan pam. Tekan di antara kelopaknya untuk mengeluarkan sebarang udara

yang terperangkap (Gamb. 5).

Nota: Tempatkan penutup di atas kusyen urutan untuk mengekalkan kebersihan pam susu badan sambil

anda bersedia untuk memerah.

5

Masukkan penyesuai ke dalam soket dinding dan masukkan hujungnya yang satu lagi ke dalam

unit motor (Gamb. 6).

Kod rujukan penyesuai ditunjukkan di bahagian bawah perkakas. Hanya gunakan penyesuai yang

ditunjukkan sahaja dengan perkakas ini.

BahaSa MElayu

50

Advertising
This manual is related to the following products: