Philips AVENT Extractor eléctrico sencillo Comfort User Manual

Page 54

Advertising
background image

pembersihan dan pensterilan

Unit motor, tiub silikon dan tudung serta penyesuai tidak perlu dibersihkan dan disteril, kerana ia

tidak akan bersentuhan dengan susu badan.

Bersihkan dan sterilkan semua bahagian pam susu badan yang lain sebelum ia digunakan buat kali

pertama. Juga bersihkan bahagian-bahagian ini setiap kali selepas penggunaan dan sterilkan sebelum

penggunaan yang seterusnya.
Bahaya: Jangan sekali-kali meletakkan unit motor atau penyesuai di dalam air atau di dalam

pensteril.

1

Semua bahagian pam susu badan hendaklah ditanggalkan. Injap putih juga hendaklah

dikeluarkan.

Berhati-hati apabila anda mengeluarkan injap putih dan apabila anda membersihkannya. Jika ia

rosak, pam susu badan anda tidak akan berfungsi dengan betul. Untuk mengeluarkan injap putih,

tarik tab beralur pada sisi injap dengan lembut.

2

Bersihkan semua bahagian, kecuali unit motor, tiub silikon dan tudung dan penyesuai, dalam

mesin basuh pinggan mangkuk (di rak atas sahaja) atau dalam air panas dengan sedikit cecair

pembasuh pinggan yang lembut dan kemudian bilas dengan menyeluruh.

Untuk membersihkan injap, gosok dengan lembut di antara jari anda di dalam air suam dengan

sedikit cecair pencuci pinggan. Jangan masukkan objek ke dalam injap, kerana ini boleh

merosakkannya.

3

Sterilkan bahagian pam susu badan yang telah dibersihkan di dalam pensteril stim AVENT

Philips atau dengan mendidihkannya selama 5 minit.

Jangan sekali-kali meletakkan unit motor atau penyesuai di dalam air atau pensteril. Jika perlu,

anda boleh mengelap unit motor dengan kain yang lembut dan lembap.

penyimpanan

Jauhkan pam susu badan dari cahaya matahari langsung kerana pendedahan berpanjangan mungkin

akan mengakibatkan penyahwarnaan.

1

Simpan pam susu badan dan aksesorinya di tempat yang selamat dan kering.

keserasian

Pam susu badan elektrik AVENT Philips adalah serasi dengan botol AVENT Philips dalam rangkaian

produk kami. Apabila anda menggunakan botol Klasik yang mencirikan sistem antikolik dua keping

kami, anda hendaklah memasukkan gelang pada bahagian atas botol sebelum anda memasangnya

pada pam susu badan. Apabila anda menggunakan botol AVENT Philips yang lain, gunakan jenis

puting yang sama dengan yang dibekalkan dengan botol tersebut. Untuk mendapatkan maklumat

lanjut tentang cara memasang puting dan arahan pembersihan umum, rujuk manual pengguna yang

didatangkan bersama botol anda. Perincian ini boleh juga didapati di laman web kami, www.philips.

com/support.

BahaSa MElayu

54

Advertising
This manual is related to the following products: