Philips AVENT Extractor eléctrico sencillo Comfort User Manual

Page 51

Advertising
background image

- Untuk operasi bateri (SCF332 sahaja), pusingkan bahagian bawah unit motor dalam arah yang

ditunjukkan oleh tanda di bawahnya (1) dan alih keluar (2). Masukkan empat bateri baru 1.5V

AA (atau 1.2V, jika boleh cas semula) ke dalam perumah bateri. Pasang kembali bahagian bawah

ke unit motor (Gamb. 7).

Nota: Set baru bateri menyediakan sehingga 3 jam operasi. Jika anda masukkan bateri dalam perumah

bateri unit motor dan plag masuk penyesuai, pam susu badan akan berfungsi daripada bekalan sesalur

kuasa. Bateri tidak boleh dicas dalam unit itu.

6

Pasangkan tiub silikon dan tudung pada diafragma. Tolak tudung ke bawah sehingga ia

terpasang kukuh di tempatnya (Gamb. 8).

Menggunakan pam susu badan

Masa sesuai untuk mengepam susu badan

Jika penyusuan ibu berjalan lancar bagi anda, anda dinasihatkan (kecuali dinasihatkan sebaliknya oleh

profesional jagaan kesihatan/penasihat penyusuan ibu) untuk menunggu sehingga bekalan susu anda

dan jadual penyusuan bayi teratur (biasanya sekurang-kurangnya 2 hingga 4 minggu selepas bersalin).

Pengecualian:

- Jika penyusuan ibu tidak berjalan lancar dengan serta-merta bagi anda, mengepam dengan kerap

boleh membantu mewujudkan dan mengekalkan bekalan susu anda.

- Jika anda mengepam susu bagi bayi anda untuk diberi di hospital.

- Jika buah dada anda kereningan (sakit atau bengkak): anda akan dapat mengepam sedikit susu

sebelum atau di antara penyusuan untuk mengurangkan rasa sakit dan untuk membantu bayi

anda melekap dengan lebih mudah.

- Jika anda mengalami puting yang sakit atau pecah-pecah, anda mungkin hendak menggunakan

pam sehingga ia sembuh.

- Jika anda terpisah dari bayi anda dan hendak meneruskan menyusukannya apabila bersamanya

semula, anda hendaklah mengepam susu anda dengan berkala untuk merangsang bekalan susu

anda.

Anda perlu mendapatkan waktu yang optimum untuk mengepam susu anda, seperti sejurus sebelum

atau selepas penyusuan pertama bayi anda pada waktu pagi apabila buah dada anda penuh susu,

atau selepas penyusuan jika bayi anda telah tidak menghabiskan susu pada kedua-dua belah. Jika anda

kembali bekerja, anda mungkin perlu mengepam pada waktu rehat.

Menggunakan pam susu badan memerlukan latihan dan anda perlu mencubanya beberapa kali

sebelum anda berjaya. Untunglah pam susu badan elektrik AVENT Philips mudah dipasang dan

digunakan, jadi anda akan terbiasa memerah dengannya.

petua

- Biasakan diri anda dengan pam susu badan dan bagaimana hendak mengendalikannya sebelum

anda menggunakannya buat kali pertama.

- Pilih masa apabila anda tidak tergesa-gesa dan tidak akan diganggu.

- Gambar bayi anda dapat membantu menggalakkan refleks ‘melepaskan’.

- Kehangatan dapat juga membantu: cuba mengepam selepas mandi, atau letakkan kain yang

hangat atau Thermopad AVENT Philips pada buah dada selama beberapa minit sebelum anda

mula memerah.

- Anda mungkin akan dapati lebih mudah untuk mengepam sambil bayi anda menyusu pada buah

dada yang satu lagi, atau serta-merta selepas penyusuan.

- Jika memerah susu menyakitkan, hentikan dan hubungi penasihat penyusuan ibu anda atau

profesional jagaan kesihatan.

BahaSa MElayu

51

Advertising
This manual is related to the following products: