Bahasa melayu, Bahasa melayu 48 – Philips AVENT Extractor eléctrico sencillo Comfort User Manual

Page 48

Advertising
background image

48

BahaSa MElayu

pengenalan

Tahniah atas pembelian anda, dan selamat datang ke AVENT Philips! Untuk mendapat manfaat

sepenuhnya daripada sokongan yang ditawarkan oleh AVENT Philips, daftarkan produk anda di

www.philips.com/welcome.

Pam susu badan AVENT Philips mempunyai reka bentuk unik yang membolehkan anda duduk dalam

kedudukan lebih selesa semasa pemerahan. Kusyen urutan lembut* telah direka bentuk untuk

merasai kelembutan dan kehangatan serta meniru perlakuan menyusu bayi anda untuk menyediakan

aliran susu yang pantas - dengan selesa dan lembut. Pam susu badan bermula dengan mod lembut

yang membantu merangsang aliran susu anda. Anda kemudiannya boleh memilih antara tiga mod

sedutan, mengikut keselesaan anda sendiri. Pam ini mudah dipasang dan dikendalikan serta semua

bahagiannya yang bersentuhan dengan susu badan boleh dibasuh di dalam mesin basuh pinggan.

Para profesional jagaan kesihatan menyatakan bahawa susu badan adalah pemakanan terbaik bagi

bayi pada tahun pertama, dengan digabungkan dengan makanan pepejal selepas 6 bulan pertama.

Susu badan anda adalah disesuaikan khusus untuk keperluan bayi anda dan mengandungi antibodi

yang membantu melindungi bayi anda daripada jangkitan kuman dan alergi.

Pam susu badan dapat membantu anda untuk memberi susu badan lebih lama. Anda dapat

mengepam dan menyimpan susu anda agar bayi anda masih tetap menikmati manfaatnya, walaupun

anda tidak dapat berada di sana untuk menyediakannya sendiri. Kerana pam ini adalah kecil dan

boleh digunakan tanpa menarik perhatian, anda dapat membawanya ke mana-mana, yang

membolehkan anda mengepam susu mengikut keselesaan anda dan mengekalkan bekalan susu anda.

*Kusyen yang disertakan dengan pam ini telah direka bentuk agar muat dengan selesa pada

kebanyakan ibu. Bagaimanapun, jika anda memerlukan, anda boleh membeli kusyen untuk puting yang

lebih besar berasingan.

perihalan umum (gamb. 1)

1 Unit motor dengan tiub silikon dan tudung*

2 Diafragma silikon*

3 Badan pam*

4 Kusyen urutan*

5 Penutup*

6 Perumah bateri (SCF332 sahaja)

7 Butang hidup/mati

8 Butang rangsangan

9 Butang sedutan rendah

10 Butang sedutan sederhana

11 Butang sedutan kuat

12 Plag Penyesuai

13 Injap putih*

14 Botol semula jadi AVENT Philips*

15 Tudung*

16 Gelang skru*

17 Puting*

18 Cakera pengedap*
*Nota: Model SCF334 datang dengan dua keping bahagian bertanda, kecuali unit motor.

Advertising
This manual is related to the following products: