Philips AVENT Extractor de leche manual Comfort User Manual

Page 31

Advertising
background image

- Periksa pam susu badan kalau-kalau terdapat kesan kerosakan sebelum menggunakannya

setiap kali. Jangan gunakan pam susu badan jika ia tidak berfungsi dengan betul.

- Jangan sekali-kali menggunakan pam susu badan ketika anda mengandung, kerana mengepam

dapat mencetuskan pelahiran.

- Jangan sekali-kali menggunakan pam susu badan ketika anda mengantuk.

- Jangan dedahkan pam susu badan kepada kepanasan melampau dan jangan biarkannya

terdedah kepada cahaya matahari langsung.
awas

- Pam susu badan hanya dimaksudkan untuk digunakan berulang-ulang oleh pengguna yang sama.

- Jangan sekali-kali menjatuhkannya atau memasukkan objek asing ke dalam mana-mana bukaan.

- Jangan sekali-kali gunakan sebarang aksesori atau bahagian dari mana-mana pengilang atau

yang tidak disyorkan khusus oleh Philips. Jika anda menggunakan aksesori atau bahagian

tersebut, jaminan anda menjadi tak sah.

- Basuh, bilas dan sterilkan semua bahagian pam setiap kali sebelum menggunakannya.

- Jangan gunakan agen antibakteria atau agen pembersih yang melelas untuk membersihkan

bahagian-bahagian pam susu badan.

- Jangan teruskan mengepam selama lebih daripada lima minit pada satu masa jika anda tidak

berjaya memerah susu.

- Jika tekanan yang dijana tidak menyelesakan atau menyakitkan, pecahkan kedapan antara

buah dada dengan badan pam dengan jari anda dan tanggalkan pam dari buah dada anda.

Bersedia untuk menggunakan

Bersihkan dan sterilkan semua bahagian-bahagian pam susu badan sebelum digunakan buat kali

pertama sebagaimana yang diterangkan dalam bab ‘Membersihkan dan mensteril’. Bersihkan

semua bahagian selepas setiap penggunaan yang seterusnya dan sterilkan semua bahagian

sebelum setiap penggunaan yang seterusnya.

Memasang pam susu badan

Nota: Pastikan anda telah membersihkan dan mensteril semua bahagian-bahagian pam susu badan.

Basuh tangan anda dengan menyeluruh sebelum anda mengendalikan bahagian-bahagian yang telah

dibersihkan.
Berhati-hati, bahagian-bahagian yang telah dibersihkan mungkin masih panas.
Petua: Pam susu badan mungkin akan lebih mudah dipasang semasa ia basah.

1

Selitkan injap putih ke dalam badan pam dari bawah. Tolak masuk injap sejauh yang boleh (Gamb. 2).

2

Pulas badan pam mengikut arah jam ke atas botol atau cawan simpanan sehingga ia

terpasang dengan kukuh (Gamb. 3).

Nota: Jika anda menggunakan cawan simpanan, anda hendaklah memulas penyesuai ke atas cawan

simpanan dahulu.

3

Tempatkan diafragma silikon dengan batangnya ke dalam badan pam dari atas. Pastikan ia

terpasang dengan kukuh di sekeliling bibir dengan menekan ke bawah dengan jari anda

untuk memastikan ia benar-benar kedap (Gamb. 4).

4

Lekatkan pemegang ke atas diafragma dengan batangnya dengan menyangkutkan lubang

pada pemegang ke hujung batang. Tolak pemegang ke bawah pada badan pam sehingga ia

berdetap di tempatnya (Gamb. 5).

BahaSa MElayu

31

Advertising
This manual is related to the following products: