Philips AVENT Extractor de leche manual Comfort User Manual

Page 32

Advertising
background image

5

Tempatkan kusyen urutan ke dalam bahagian berupa corong pada badan pam. Tolak masuk

bahagian dalam kusyen urutan sejauh yang boleh dan pastikan ia terkedap sepenuhnya di

sekeliling bibir badan pam. Tekan di antara kelopaknya untuk mengeluarkan sebarang udara

yang terperangkap (Gamb. 6).

Nota: Tempatkan penutup di atas kusyen urutan untuk mengekalkan kebersihan pam susu badan

sambil anda bersedia untuk memerah.

Menggunakan pam susu badan

Masa sesuai untuk mengepam susu badan

Anda dinasihatkan (kecuali dinasihatkan sebaliknya oleh profesional jagaan kesihatan/penasihat

penyusuan ibu anda) untuk menunggu sehingga bekalan susu anda dan jadual penyusuan bayi

teratur (biasanya sekurang-kurangnya 2 hingga 4 minggu selepas bersalin).

Pengecualian:

- Jika anda mengepam susu bagi bayi anda untuk diberi di hospital.

- Jika buah dada anda kereningan (sakit atau bengkak): anda akan dapat mengepam sedikit susu

sebelum atau di antara penyusuan untuk mengurangkan rasa sakit dan untuk membantu bayi

anda melekap dengan lebih mudah.

- Jika anda mengalami puting yang sakit atau pecah-pecah, anda mungkin hendak menggunakan

pam sehingga ia sembuh.

- Jika anda terpisah dari bayi anda dan hendak meneruskan menyusukannya apabila bersamanya

semula, anda hendaklah mengepam susu anda dengan berkala untuk merangsang bekalan susu anda.

Anda perlu mendapatkan waktu yang optimum untuk mengepam susu anda, seperti sejurus

sebelum atau selepas penyusuan pertama bayi anda pada waktu pagi apabila buah dada anda

penuh susu, atau selepas penyusuan jika bayi anda telah tidak menghabiskan susu pada kedua-dua

belah. Jika anda kembali bekerja, anda mungkin perlu mengepam pada waktu rehat.

Menggunakan pam susu badan memerlukan latihan dan anda perlu membuatnya beberapa kali

sebelum anda berjaya. Untunglah pam susu badan manual AVENT Philips adalah mudah dipasang

dan digunakan, jadi anda akan terbiasa memerah dengannya.

petua

- Biasakan diri anda dengan pam susu badan dan bagaimana hendak mengendalikannya sebelum

anda menggunakannya buat kali pertama.

- Pilih masa apabila anda tidak tergesa-gesa dan tidak akan diganggu.

- Gambar bayi anda dapat membantu menggalakkan refleks ‘melepaskan’.

- Kehangatan dapat juga membantu: cuba mengepam selepas mandi, atau letakkan kain yang

hangat atau Thermopad AVENT Philips pada buah dada selama beberapa minit sebelum anda

mula memerah.

- Anda mungkin akan dapati lebih mudah untuk mengepam sambil bayi anda menyusu pada

buah dada yang satu lagi, atau serta-merta selepas penyusuan.

- Jika memerah susu menyakitkan, hentikan dan hubungi penasihat penyusuan ibu anda.

Mengendalikan pam susu badan

1

Basuh tangan anda dengan menyeluruh dan pastikan buah dada anda adalah bersih.

2

Bertenang di atas kerusi yang selesa (anda mungkin hendak menggunakan kusyen untuk

menyokong belakang anda). Pastikan anda mempunyai segelas air berdekatan.

3

Tekan pam susu badan yang telah dipasang pada buah dada anda. Pastikan puting anda di

tengah, agar kusyen urutan mewujudkan keadaan kedap udara.

BahaSa MElayu

32

Advertising
This manual is related to the following products: