Philips AVENT Extractor de leche manual Comfort User Manual

Page 35

Advertising
background image

2

Bersihkan semua bahagian di dalam air panas dengan sedikit cecair pencuci pinggan yang

lembut dan bilas dengan menyeluruh. Anda juga boleh membersihkan bahagian-bahagian ini

di dalam mesin basuh pinggan (pada rak atas sahaja).

Untuk membersihkan injap, gosok dengan lembut di antara jari anda di dalam air suam dengan sedikit

cecair pencuci pinggan. Jangan masukkan objek ke dalam injap, kerana ini boleh merosakkannya.

3

Sterilkan semua bahagian di dalam pensteril stim AVENT Philips atau dengan

mendidihkannya selama 5 minit.

penyimpanan

Jauhkan pam susu badan dari cahaya matahari langsung kerana pendedahan berpanjangan

mungkin akan mengakibatkan penyahwarnaan.

1

Simpan pam susu badan dan aksesorinya di tempat yang selamat dan kering.

keserasian

Pam susu badan manual AVENT Philips adalah serasi dengan botol AVENT Philips dalam rangkaian

produk kami. Apabila anda menggunakan botol yang mencirikan sistem antikolik dua keping kami,

anda hendaklah memasukkan gelang pada bahagian atas botol sebelum anda memasangnya pada

pam susu badan. Apabila anda menggunakan botol AVENT Philips yang lain, gunakan jenis puting

yang dibekalkan bersama botol tersebut. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara

memasang puting dan arahan pembersihan umum, rujuk manual pengguna yang didatangkan

bersama botol anda. Perincian ini boleh juga didapati di laman web kami, www.philips.com/support.

Memesan aksesori

Untuk membeli aksesori bagi perkakas ini, sila layari laman web kami www.philips.com/shop. Jika

anda menghadapi kesukaran untuk mendapatkan aksesori bagi perkakas anda, sila hubungi Pusat

Layanan Pelanggan Philips di negara anda. Anda boleh juga melayari www. philips.com/support.

Jaminan dan perkhidmatan

Jika anda memerlukan servis atau maklumat, atau jika anda menghadapi masalah, sila lawati laman

web AVENT Philips di www.philips.com/support atau hubungi Pusat Layanan Pelanggan Philips di

negara anda. Jika Pusat Layanan Pelanggan tidak terdapat di negara anda, hubungi wakil penjual

AVENT Philips di tempat anda.

Mencarisilapan

Bab ini meringkaskan masalah paling lazim yang mungkin anda hadapi semasa menggunakan

perkakas ini. Jika anda tidak dapat menyelesaikan masalah dengan maklumat di bawah, sila

hubungi Pusat Layanan Pelanggan Philips di negara anda atau lawati www.philips.com/support.

BahaSa MElayu

35

Advertising
This manual is related to the following products: