Philips AVENT Extractor de leche manual Comfort User Manual

Page 34

Advertising
background image

2

Pasang puting yang disteril dan skrukan gelang ke atas botol atau cawan simpanan mengikut

arahan yang disediakan bagi botol atau cawan simpanan.

3

Kedapkan puting dengan penutup kubah.

Buat

- Sejukkan atau sejuk bekukan susu yang diperah dengan serta-merta setiap kali.

- Susu yang dikumpulkan dengan pam susu badan yang disteril hendaklah disimpan di dalam

botol atau cawan simpanan yang disteril juga.
Jangan

- Jangan sekali-kali menyejukbekukan semula susu badan yang telah dinyahbeku.

- Jangan sekali-kali menambah susu badan yang baru ke dalam susu badan yang telah beku.

Memberikan bayi anda susu badan yang diperah

Anda boleh memberi susu badan daripada botol dan cawan simpanan AVENT Philips kepada bayi anda.

1 Jika anda menggunakan susu badan yang dibekukan, biarkan ia ternyahbeku sepenuhnya

sebelum anda memanaskannya.

Nota: Dalam keadaan kecemasan, anda boleh menyahbeku susu itu di dalam mangkuk berisi air panas.

2 Panaskan botol atau cawan simpanan dengan susu badan sejuk atau dinyahbeku di dalam

mangkuk berisi air panas atau di dalam pemanas botol.

3 Tanggalkan gelang skru dan cakera pengedap dari botol atau tanggalkan penutup dari cawan

simpanan.

4 Jika anda menggunakan cawan simpanan, skrukan gelang penyesuai ke atas cawan.

5 Skrukan gelang skru yang ternyahkuman dengan puting yang disteril ke atas botol atau ke atas

cawan simpanan dengan gelang penyesuai.
Buat

- Periksa suhu susu sebelum anda memberinya kepada bayi anda.

- Buang semua baki susu yang tinggal di akhir penyusuan.

Jangan

- Jangan sekali-kali memanaskan susu di dalam ketuhar gelombang mikro, kerana ini boleh

menyebabkan pemanasan tidak sekata dan boleh mengakibatkan bahagian-bahagian panas di

dalam susu. Ia juga boleh merosakkan zat di dalam susu.

- Jangan sekali-kali merendam cawan simpanan di dalam air mendidih, kerana ini boleh

mengakibatkan cawan merekah.

- Jangan sekali-kali mengisi air mendidih ke dalam cawan simpanan. Biarkan air menyejuk dahulu

selama 20 minit sebelum menuangnya ke dalam cawan simpanan.

pembersihan dan pensterilan

Bersihkan dan sterilkan semua bahagian-bahagian pam susu badan sebelum digunakan buat kali

pertama. Bersihkan semua bahagian selepas setiap penggunaan yang seterusnya dan sterilkan

semua bahagian sebelum setiap penggunaan yang seterusnya.

1

Semua bahagian pam susu badan hendaklah ditanggalkan. Injap putih juga hendaklah

dikeluarkan.

Berhati-hati apabila anda mengeluarkan injap putih dan apabila anda membersihkannya. Jika ia

rosak, pam susu badan anda tidak akan berfungsi dengan betul. Untuk mengeluarkan injap

putih, tarik tab beralur pada sisi injap dengan lembut.

BahaSa MElayu

34

Advertising
This manual is related to the following products: