Philips AVENT Extractor de leche manual Comfort User Manual

Page 33

Advertising
background image

4

Dengan lembut, mula tekan pemegang ke bawah sehingga anda berasa sedutan pada buah

dada anda. Kemudian, biarkan pemegang kembali kepada keadaan rehatnya.

Nota: Anda tidak perlu menekan pemegang ke bawah sepenuhnya, hanya setakat yang selesa bagi

anda. Susu anda akan mula mengalir, walaupun anda tidak menggunakan semua sedutan yang dapat

dijana oleh pam.

5

 Ulangi langkah 4 dengan pantas 5 atau 6 kali untuk memulakan refleks ‘melepaskan’.

6

Gunakan ritma perlahan dengan menekan pemegang ke bawah dan menahannya sehingga 3

saat sebelum anda membiarkan ia kembali kepada kedudukan rehatnya. Teruskan dengan

cara ini sementara air susu anda mengalir. Jika tangan anda letih, cuba gunakan tangan yang

sebelah lagi untuk mengendalikan pam susu badan atau rehatkan lengan anda merentasi

badan anda untuk mengepam dari buah dada yang sebelah lagi.

Nota: Jangan bimbang jika susu anda tidak mengalir serta-merta. Bertenanglah dan teruskan

mengepam. Mengubah kedudukan pam susu badan pada buah dada anda dari semasa ke semasa

akan dapat membantu menggalakkan aliran susu.
Jangan teruskan mengepam untuk lebih daripada 5 minit setiap kali jika anda tidak berjaya memerah

susu. Cuba mengepam pada waktu yang lain pada waktu siang. Jika proses ini menjadi begitu tak

selesa atau menyakitkan, berhenti menggunakan pam dan hubungi penasihat penyusuan ibu anda.

7

Biasanya, anda perlu mengepam selama 10 minit untuk memerah 60-125ml (2-4 auns

bendalir) susu badan. Bagaimanapun, ini hanyalah suatu petunjuk dan berbeza-beza antara 

wanita yang berlainan.

8

Setelah selesai memerah, dengan berhati-hati, tanggalkan pam susu badan dari buah dada

anda dan buka skru botol atau bekas susu badan dari badan pam lalu bersedia untuk

penyusuan/penyimpanan. Bersihkan bahagian-bahagian lain pam susu badan mengikut

arahan dalam bab ‘Membersihkan dan mensteril’.

Nota: Jika anda dengan kerap mengepam lebih daripada 125ml pada setiap sesi, anda akan dapat

menggunakan botol AVENT Philips 260ml/9 auns bendalir atau cawan simpanan AVENT Philips

240ml/8 auns bendalir untuk mengelakkan limpahan atau tumpahan.

Selepas digunakan:

Menyimpan susu badan

Hanya simpan susu badan yang dikumpulkan menggunakan pam yang disteril.
Susu badan boleh disimpan di dalam peti sejuk (bukan pada pintunya) sehingga 48 jam. Susu yang

diperah hendaklah disejukkan serta-merta. Jika anda menyimpan susu di dalam peti sejuk untuk

ditambah pada hari itu, hanya tambahkan susu yang telah diperah ke dalam botol atau bekas susu

badan yang telah disteril.

Susu badan dapat disimpan di dalam peti sejuk beku sehingga tiga bulan asalkan ia disimpan di dalam

sama ada botol disteril yang dipasang dengan gelang skru disteril dan cakera pengedap, atau di

dalam cawan simpanan disteril dengan penutup yang juga disteril. Labelkan dengan jelas botol atau

cawan simpanan dengan tarikh dan masa pemerahan dan gunakan susu yang lebih lama dahulu.

Jika anda bermaksud untuk menyusukan bayi anda dengan susu badan yang diperah dalam masa

48 jam, anda boleh simpan susu ini di dalam peti sejuk di dalam botol atau cawan simpanan

AVENT Philips yang telah dipasang.

1

Buka skru botol atau cawan simpanan dan keluarkan ia daripada badan pam.

BahaSa MElayu

33

Advertising
This manual is related to the following products: